KUALA NERUS: Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain akui gusar menantikan pertemuan dengan pasukan Sri Pahang FC pada perlawanan pertama kempen Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur malam esok.
Nafuzi berkata kerisauan itu timbul setelah menyaksikan peningkatan corak permainan Sri Pahang dalam dua perlawanan terakhir saingan Liga Super termasuk ketika menewaskan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 di bumi Darul Makmur, baru-baru ini.
Malah menurut beliau, kehadiran dua pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero ke dalam skuad kendalian Datuk Dollah Salleh itu juga pastinya menambah kegusaran serta kesukaran buat skuad Penyu yang turut mengintai peluang beraksi di pentas akhir Piala Malaysia musim ini.
"Dengan peningkatan corak permainan pada perlawanan terakhir mereka di Liga Super, kita menjangkakan tentangan sengit daripada skuad Tok Gajah yang dibimbing jurulatih berpengalaman luas dan disegani.
"Kehadiran Lee Tuck dan Aguero di bahagian serangan serta posisi tengah pastinya memberi impak positif kepada Sri Pahang. Jadi pemain perlu lebih berhati-hati dan berwaspada," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, petang semalam.
Bagaimanapun di sebalik cabaran tersebut, Nafuzi tetap optimis mampu menjinakkan skuad Tok Gajah di laman sendiri sekiranya anak buahnya bekerja keras dan mempamerkan prestasi terbaik seperti aksi di Liga Super yang menyaksikan TFC memenangi lapan perlawanan terakhir berturut-turut.
Katanya TFC kini berada di landasan yang betul dan pemain hanya perlu fokus serta kekal berdisiplin untuk memastikan momentum kemenangan diteruskan pada saingan Piala Malaysia.
"Saya harap pemain dapat betul-betul fokus kerana ia satu perlawanan yang sukar. Tak perlu fikir sasaran ke suku akhir atau sebagainya...Biar menang dengan Pahang dahulu.
"Kita perlu cari seberapa banyak gol di sana (Pahang) untuk bekalan perlawanan timbal balik di Terengganu," katanya.
Dalam pada itu Nafuzi juga mampu menarik nafas lega kerana semua pemain termasuk dua tonggak import, Pape Diakite dan Petrus Shetembi yang cedera ketika perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC tempoh hari telah pulih dan boleh diturunkan untuk membantu pasukan malam esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022
![Nafuzi gusar menjelang pertemuan dengan Pahang Nafuzi gusar menjelang pertemuan dengan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666662894_TBNAFUZI.jpg)
NAFUZI: Kita perlu cari seberapa banyak gol di Pahang untuk bekalan perlawanan timbal balik di Terengganu. - Gambar fail
![Lelaki maut tersepit dalam jengkaut terbalik di lereng bukit Lelaki maut tersepit dalam jengkaut terbalik di lereng bukit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719917255_TBjengkaut.jpg)
Lelaki maut tersepit dalam jengkaut terbalik di lereng bukit
Seorang lelaki maut selepas tersepit apabila jengkaut dikendalikannya terbalik di lereng bukit di lombong bijih timah di Klian Intan, hari ini.
![Banjir Penampang: Ini paling teruk sebab... - Stacy Banjir Penampang: Ini paling teruk sebab... - Stacy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719909240_TBStacy.jpg)
Banjir Penampang: "Ini paling teruk sebab..." - Stacy
Menurut Stacy, banjir kali ini merupakan banjir yang paling teruk pernah dihadapi kerana banyak barangpenting tidak dapat diselamatkan.
![Tangguh jatuh hukum tertuduh sarat mengandung Tangguh jatuh hukum tertuduh sarat mengandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719906037_pengasuh.jpg)
Tangguh jatuh hukum tertuduh sarat mengandung
Mahkamah menangguhkan prosiding jatuh hukum terhadap seorang pengasuh taska, yang didakwa mendedahkan seorang bayi yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan.
![Sebar maklumat dalaman polis, pelawak dan isteri direman Sebar maklumat dalaman polis, pelawak dan isteri direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701942692_Handcuff.jpg)
Sebar maklumat dalaman polis, pelawak dan isteri direman
Polis menahan seorang pelawak dan isterinya, pada Isnin untuk siasatan kes sebar maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
![Peranan sebagai pembawa bendera dorong Bertrand untuk capai enam terbaik Peranan sebagai pembawa bendera dorong Bertrand untuk capai enam terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713950931_BertrandRhodictLis.jpg)
Peranan sebagai pembawa bendera dorong Bertrand untuk capai enam terbaik
Diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 memberi inspirasi kepada penerjun negara Bertrand Rhodict Lises untuk menampilkan aksi cemerlang di Paris.
![Sudah terlambat selamatkan rumah Sharifah Aini, kerajaan digesa buka galeri khas Sudah terlambat selamatkan rumah Sharifah Aini, kerajaan digesa buka galeri khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719915296_TBSahrifahAini.jpg)
Sudah terlambat selamatkan rumah Sharifah Aini, kerajaan digesa buka galeri khas
Banyak pihak meluahkan rasa kesal kerana rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini sudah dijual dan dirobohkan tanpa ada sebarang usaha daripada kerajaan untuk memelihara tinggalan Biduanita Negara itu.
Niaga AWANI: ANGKASA-X: Jalin kerjasama demi manfaat ekonomi angkasa ASEAN
ANGKASA-X menjalin kerjasama dengan beberapa organisasi SpaceTech yang terkenal di seluruh dunia, termasuklah Pusat Teknologi Angkasa Cangyu dan Pusat Teknologi Angkasa ADA, yang dirasmikan dengan pemeteraian dua Perjanjian Kerjasama Strategik, pada Selasa.
Niaga AWANI: KDNK negeri: Lima negeri atasi KDNK nasional, lima negeri penyumbang utama
Lima negeri ini merekodkan nilai KDNK per kapita melebihi paras nasional iaitu Kuala Lumpur (RM131,038), Labuan (RM83,596), Pulau Pinang (RM72,586), Sarawak (RM72,411) dan Selangor (RM62,492).
![Kerajaan pastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak jejaskan NDC Kerajaan pastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak jejaskan NDC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719906420_TBNIKNAZMI.jpg)
Kerajaan pastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak jejaskan NDC
Kerajaan Persekutuan akan memastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak menjejaskan sasaran pencapaian Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) yang ditetapkan Malaysia.
Niaga AWANI: KDNK negeri: Ekonomi Sabah dan Sarawak dipacu sektor perkhidmatan
Ekonomi Sabah berkembang 1.3 peratus dipacu oleh sektor perkhidmatan yang meningkat 4.5 peratus, manakala ektor perkhidmatan Sarawak meningkat kukuh 5.4 peratus.
![Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716607932_NafuziZain.jpg)
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
![Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu' Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710806995_tbMuhammadFaiz.jpg)
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
![Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677633430_TomislavSteinbruckn.jpg)
Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi
Katanya, Sang Kenari dibimbing Nafuzi memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti seperti Lee Tuck dan Manuel Hidalgo.
![Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672716629_NafuziZain.jpg)
Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap
Nafuzi Zain yakin dapat membentuk pasukan yang mantap dan dapat memberi saingan kepada pasukan lain dalam liga di negara ini.
![ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670798594_OngKimSweeBojan.jpg)
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
![Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023 Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670298331_NafuziZain.jpg)
Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan.
![Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668384027_NafuziZain.jpg)
Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu
Nafuzi Zain tetap berbangga dengan pencapaian skuadnya musim ini walaupun misi untuk menjulang Piala Malaysia terkandas.
![Nafuzi sah tidak bersama TFC musim depan Nafuzi sah tidak bersama TFC musim depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668547725_RasidJusoh.jpg)
Nafuzi sah tidak bersama TFC musim depan
Ketua jurulatih kelahiran Kelantan itu, telah menolak tawaran lanjutan kontrak yang diberikan kepada beliau atas alasan tertentu.
![Terengganu FC bidas kenyataan terbuka Nafuzi Zain Terengganu FC bidas kenyataan terbuka Nafuzi Zain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668384027_NafuziZain.jpg)
Terengganu FC bidas kenyataan terbuka Nafuzi Zain
Ketua pegawai eksekutif Terengganu FC Ab Rasid Jusoh mengeluarkan kenyataan media menjawab dakwaan Nafuzi.
![Nafuzi terkilan sikap tidak profesional kelab Nafuzi terkilan sikap tidak profesional kelab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668306558_NafuziZain.jpg)
Nafuzi terkilan sikap tidak profesional kelab
Tawaran lanjutan kontrak disifatkannya tidak profesional dan menghormati kedudukannya sebagai ketua jurulatih.