KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee antara tiga individu dicalonkan bagi merebut gelaran Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) musim ini.
Menerusi kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), bekas ketua jurulatih kebangsaan itu dicalonkan bersama pengendali Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak dan Nafuzi Zain selaku jurulatih Terengganu FC (TFC).
Kim Swee menyifatkan pencalonan tersebut sebagai satu penghargaan apatah lagi ia merupakan tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga Malaysia (Liga M).
"Ia sangat bagus apabila diberi pengiktirafan seperti ini dan sudah pasti amat penting untuk saya sebagai jurulatih untuk melakukan apa yang sepatutnya kepada pasukan musim ini.
"Ini tahun pertama saya sebagai jurulatih Sabah dan saya percaya banyak lagi yang kami boleh perbaiki," menurut kenyataan itu.
Beliau mengakui persaingan hebat bagi memburu gelaran tersebut dan menghormati dua calon lain berdasarkan pencapaian mereka yang cukup memberangsangkan dalam mengendalikan KL City dan TFC pada musim 2022.
Sementara itu, bagi Nafuzi sendiri beliau beranggapan pencalonan kali ini adalah hasil usaha keras satu pasukan untuknya merebut gelaran Jurulatih Terbaik.
Baginya, Hodak yang meraih anugerah tersebut musim lepas berpeluang mempertahankan gelaran itu selain Kim Swee juga telah melakukan tugas terbaik membimbing Sabah mencapai kedudukan tiga teratas Liga Super.
Pada musim lepas, Hodak yang bersaing dengan Nafuzi dan bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora, meraih Anugerah Jurulatih Terbaik itu selepas berjaya membawa pasukan KL City memenangi trofi Piala Malaysia 2021.
ABK22 akan berlangsung secara maya pada 9 malam, 15 Dis ini, dengan 16 kategori dipertandingkan.
Anugerah yang dipertandingkan ialah Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP).
Selain itu, kategori Penjaring Terbanyak Liga Super, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super, Penjaring Terbanyak Liga Premier, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier, Anugerah Fair Play, Fan XI, Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 dan Pasukan Terbaik juga turut diiktiraf.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 11 2022

Dari kiri, Kim Swee, Hodak dan Nafuzi - antara tiga individu dicalonkan bagi merebut gelaran Jurulatih Terbaik ABK22 musim ini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kuala Lumpur City sedia teruskan perjuangan tanpa Bojan Hodak
Kelangsungan dalam pasukan perlu diteruskan, apatah lagi KL City memiliki tugasan besar bertemu Kelantan FC, hari ini.

Jurulatih datang dan pergi - Hodak
Hodak mengejutkan bola sepak tanahair apabila mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengendali skuad warga kota pada Rabu.

Bojan Hodak lepas jawatan ketua jurulatih KL City
Keputusan diambil jurulatih berusia 52 tahun itu selepas mendapat tawaran kelab Indonesia, Persib Bandung.

Piala FA: Bojan Hodak bukan ahli silap mata, akui KL City berdepan masalah pembayaran gaji
KL City mara ke final selepas menewaskan Terengganu FC 4-2 dalam penentuan sepakan penalti aksi separuh akhir di Gong Badak semalam.

Liga Super: TRW bangkit ikat City Boys
Kelantan FC bangkit ketinggalan dua gol untuk mengikat Kuala Lumpur City (KL City) FC 2-2 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.

Liga Super: Bojan Hodak kecewa KL City tiada padang sempurna untuk latihan
Padang latihan mereka di Pudu Ulu dan di Stadium KLFA, Cheras, berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

KL City sedia gempur, Kedah mahu elak 'kejutan'
KL City, naib juara Piala AFC musim lalu, membuat persediaan rapi untuk musim baharu ini dengan membawa masuk nama-nama hebat dalam kancah bola sepak tempatan.

KL City perlu lebih masa untuk capai keserasian - Hodak
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam tadi.

ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.

KL City FC perlu belanja lebih besar musim depan - Bojan Hodak
Bojan Hodak mendakwa KL City adalah antara kelab dengan perbelanjaan terkecil sehingga menyukarkan beliau membentuk sebuah pasukan terbaik musim ini.