'JURULATIH datang dan pergi', sekalipun dihambat rasa pilu, Bojan Hodak tetap boleh tersenyum walaupun berpisah dengan skuad The City Boys.
Ini kerana pengendali yang berjaya membimbing skuad warga kota itu sehingga dinobat juara Piala Malaysia pada 2021, berjaya mencipta legasi sepanjang tiga musim di Cheras, sebelum membuka lembaran baru di Indonesia.
Hodak mengejutkan bola sepak tanahair apabila mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengendali skuad warga kota semalam.
Keputusan itu dibuat selang beberapa hari selepas KL City tewas pada aksi final Piala FA kepada Johor Darul Ta'zim, tatkala mereka juga dikatakan mempunyai masalah dalaman.
Namun, Hodak menafikan perkara itu jadi sebab utama beliau undur diri, sebaliknya kerana mahu bawa cabaran berbeza bersama kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung.
Legasi Hodak akan diteruskan oleh rakan karibnya, Nenad Bacina yang terus diumumkan sebagai ketua jurulatih baru KL City.
Bacina bukan asing buat kelab berkenaan kerana beliau merupakan penolong jurulatih dalam dua musim terdahulu.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif KL City, Stanley Bernard, mengakui pihaknya terpaksa akur dengan kehendak Hodak untuk berhijrah ke pasukan lain.
Bernard mendedahkan beliau berjaya memujuk Hodak sebanyak dua kali untuk kekal membimbing The City Boys sebelum ini, namun gagal berbuat demikian buat kali ketiga.
'Kami ingat ia hanyalah gurauan', -- itu perkongsian tonggak pertahanan KL City, Kenny Palraj apabila jurulatihnya memberitahu kepada semua pemain bahawa sesi latihan hari ini merupakan hari terakhirnya bersama skuad warga kota.
Turut terkesan dengan keputusan Hodak ialah kapten pasukan, Paulo Josue selaku antara individu yang paling lama bersama hodak di kelab berkenaan.
Astro Arena
Thu Jul 27 2023

Hodak (gambar) mengejutkan bola sepak tanahair apabila mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC semalam. - Foto Astro ARENA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kuala Lumpur City sedia teruskan perjuangan tanpa Bojan Hodak
Kelangsungan dalam pasukan perlu diteruskan, apatah lagi KL City memiliki tugasan besar bertemu Kelantan FC, hari ini.

Jurulatih datang dan pergi - Hodak
Hodak mengejutkan bola sepak tanahair apabila mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengendali skuad warga kota pada Rabu.

Bojan Hodak lepas jawatan ketua jurulatih KL City
Keputusan diambil jurulatih berusia 52 tahun itu selepas mendapat tawaran kelab Indonesia, Persib Bandung.

Piala FA: Bojan Hodak bukan ahli silap mata, akui KL City berdepan masalah pembayaran gaji
KL City mara ke final selepas menewaskan Terengganu FC 4-2 dalam penentuan sepakan penalti aksi separuh akhir di Gong Badak semalam.

Liga Super: TRW bangkit ikat City Boys
Kelantan FC bangkit ketinggalan dua gol untuk mengikat Kuala Lumpur City (KL City) FC 2-2 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.

Liga Super: Bojan Hodak kecewa KL City tiada padang sempurna untuk latihan
Padang latihan mereka di Pudu Ulu dan di Stadium KLFA, Cheras, berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

KL City sedia gempur, Kedah mahu elak 'kejutan'
KL City, naib juara Piala AFC musim lalu, membuat persediaan rapi untuk musim baharu ini dengan membawa masuk nama-nama hebat dalam kancah bola sepak tempatan.

KL City perlu lebih masa untuk capai keserasian - Hodak
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam tadi.

ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.

KL City FC perlu belanja lebih besar musim depan - Bojan Hodak
Bojan Hodak mendakwa KL City adalah antara kelab dengan perbelanjaan terkecil sehingga menyukarkan beliau membentuk sebuah pasukan terbaik musim ini.