KUALA NERUS: Naib juara Piala Konfederasi Asia (AFC) 2022, Kuala Lumpur City (KL City) FC perlu berbelanja lebih besar sekiranya mahu bersaing merebut gelaran pasukan terbaik di Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Pengendalinya, Bojan Hodak mendakwa KL City yang berpangkalan di Lembah Klang adalah antara kelab dengan perbelanjaan terkecil sehingga menyukarkan beliau membentuk sebuah pasukan terbaik musim ini.
Kekangan tersebut katanya menyebabkan skuad The City Boys terpaksa turun tanpa kesebelasan terbaik dalam sebahagian besar kempen liga domestik musim ini.
"Bajet kami antara yang paling kecil dalam liga (Liga M). Kerana itu kami adalah masalah dengan 11...12 pemain dan yang lain, kebanyakannya pemain muda.
"Sesetengah daripada mereka boleh bermain, ada yang tidak boleh bermain dalam liga. Musim ini juga agak panjang terutama Piala AFC dan perjalanan. Rata-rata pemain benar-benar letih pada akhir musim," katanya ketika ditemui selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi.
Perjalanan skuad kendalian jurulatih kelahiran Crotia di cabaran Piala Malaysia itu pada musim ini terhenti apabila tewas dengan agregat 1-4 kepada TFC.
Dalam pada itu Hodak yang pernah membimbing skuad remaja negara berkata beliau berkemungkinan akan kekal bersama KL City pada musim depan.
Sehubungan itu beliau mengharapkan bajet lebih besar untuk menyediakan pasukan yang lebih mantap dan kuat bagi mengharungi cabaran Liga M tahun depan.
"Tahun lepas kami memenangi Piala Malaysia dan tahun ini kami berjaya ke peringkat akhir AFC. Tetapi jika kami mahu kejayaan lebih besar, kami perlu mempunyai pasukan yang lebih besar dengan lebih banyak peruntukan. Itulah perkara yang akan kami bincangkan untuk musim depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2022

Pengendali KL City FC, Bojan Hodak mendakwa KL City yang berpangkalan di Lembah Klang adalah antara kelab dengan perbelanjaan terkecil sehingga menyukarkan beliau membentuk sebuah pasukan terbaik musim ini. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.

Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.

KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.

KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.

Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.

Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.