KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam tadi.
Hodak berkata KL City, yang dibarisi beberapa muka baharu memerlukan lebih banyak perlawanan untuk ke tahap itu bagi menghadapi cabaran getir pada saingan Liga Super yang akan membuka tirai pada hujung Februari.
"Untuk semua pihak, mereka memerlukan perlawanan untuk mendapat keserasian, seperti di pejabat jika anda bekerja di satu pejabat (selama) 10 tahun, anda akan memahami antara satu sama lain dengan lebih baik, jika anda bekerja satu atau dua bulan anda tidak akan memahaminya, perkara ini sama seperti dalam bola sepak.
"Kami berada pada tahap 60 peratus (persediaan), jadi saya 60 peratus gembira," katanya pada sidang media selepas perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini.
Pada pertembungan malam tadi, KL City menjulang Piala Menteri Wilayah Persekutuan buat kali kedua selepas menewaskan Perak FC 3-0.
Kemenangan itu menebus kekalahan mereka kepada Negeri Sembilan tahun lepas, setelah menjuarai edisi sulung pada 2021.
Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan malam tadi, Hodak berkata keputusan itu dilihat baik buat pasukannya kerana gawangnya tidak bolos, namun beliau mengakui terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki anak buahnya pada perlawanan akan datang.
"Saya rasa bahagian tengah kita tidak cukup ketat dan kita perlu mengubahnya, serangan, penyudah dan hantaran akhir boleh menjadi lebih baik," katanya.
Kemenangan malam tadi bagaimanapun memberikan KL City kemenangan pertama dalam tempoh pramusim selepas mencatat keputusan seri menentang Terengganu FC dan Kelantan United FC bulan lepas.
KL City akan memulakan kempen Liga Super bertemu Penang FC di sini pada 25 Feb nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023

Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam tadi. - Gambar fail/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.

ACC: KL City catat kekalahan pertama
Kapten pasukan Lion City Sailors Bailey Wright berjaya menanduk masuk bola pada minit ke-26 untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.

Liga Super: JDT kerja keras tewaskan Sri Pahang 3-1 di laman sendiri
JDT menamatkan perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Bergson pada minit kecederaan, untuk menjadikan keputusan 3-1.

KLFA mahu anjur pertandingan reka cipta logo baharu KL City
Syed Yazid berkata beliau mahu KL City kembali dengan gelaran "The Hawks" yang dilihat menggambarkan kekuatan dan ketangkasan pasukan.

TFC tempah tiket ke final Piala Malaysia selepas tewaskan KL City
Dengan kemenangan itu TFC bakal berdepan dengan penyandang Piala Malaysia musim lepas, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Piala Malaysia: Terengganu bawa pulang bekalan tipis
Kedua-dua pasukan yang turun dengan misi tersendiri jelas mempamerkan corak permainan yang lebih berhati-hati di awal perlawanan.

Selangor bangkit benam PDRM, Perak kejutkan Kedah di Ipoh
PDRM terlebih dahulu mengejutkan skuad Gergasi Merah apabila membuka jaringan menerusi Hadi Fayyadh pada minit ke-25.

Liga Super: NSFC bangkit, tewaskan KL City 2-1
NSFC tampil dengan semangat baharu, menamatkan kemarau kemenangan selepas mencatat dua keputusan seri dalam saingan liga sebelum ini.

Liga Super: Bojan Hodak kecewa KL City tiada padang sempurna untuk latihan
Padang latihan mereka di Pudu Ulu dan di Stadium KLFA, Cheras, berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

KL City perlu lebih masa untuk capai keserasian - Hodak
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam tadi.