KUALA NERUS: Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tetap berbangga dengan pencapaian skuadnya musim ini walaupun misi untuk menjulang Piala Malaysia terkandas di peringkat separuh akhir.
Menurut pengendali muda berusia 44 tahun itu, anak buahnya telah berjuang habis-habisan untuk memastikan TFC mara ke pentas akhir, namun tuah ternyata tidak menyebelahi skuad Penyu selepas tewas dengan agregat 2-3 di tangan Selangor FC.
Kekalahan itu katanya turut membantutkan hasrat TFC untuk melakar rekod yang lebih cemerlang musim ini selepas merangkul gelaran naib juara Piala FA, kedudukan kedua Liga Super dan bakal beraksi di pentas bola sepak antarabangsa, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.
"Kami telah mencuba sehabis baik untuk mara ke final sebagai hadiah terakhir buat penyokong. Tetapi kita terpaksa akur dengan kualiti pasukan lawan.
"Terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa bersama saya dari awal hingga akhir, tidak kira dalam apa jua keadaan menang atau kalah," katanya pada sidang media selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, malam tadi.
Pada perlawanan itu TFC berjaya menundukkan skuad The Red The Giants dengan keputusan 1-0 menerusi gol Kipre Tchetche pada minit ke-35, namun gagal layak ke final selepas ketinggalan dengan agregat 2-3.
Menurut Nafuzi, beliau juga berasa sedikit terkilan kerana gagal membawa TFC ke pentas final Piala Malaysia pada tahun terakhirnya di bumi Darul Iman.
"Saya akan merindui Terengganu... meninggalkan mereka semua selepas tujuh tahun bukan sesuatu yang mudah, tapi saya terpaksa demi memajukan karier," katanya yang masih belum mendedahkan hala tujunya musim depan.
Sementara itu, pengendali berpengalaman Selangor, Tan Cheng Hoe berkata skuadnya akan melakukan persiapan rapi untuk menghadapi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) di perlawanan akhir pada 26 Nov ini.
Beliau yang pernah melatih pasukan kebangsaan berkata walaupun laluannya kelihatan sukar, skuad The Red Giants akan cuba memberi persembahan terbaik dalam misi menjulang kejuaraan selepas kali terakhir Selangor memenangi piala berprestij itu pada 2015.
"Kita sedar JDT dah banyak menang piala dan prestasi mereka cukup konsisten.
"Tetapi saya masih menaruh harapan untuk menang. Dalam perlawanan akhir apa sahaja boleh jadi, yang penting setiap pemain perlu fokus menentang JDT," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 22 2022

Nafuzi berkata anak buahnya telah berjuang habis-habisan untuk memastikan TFC mara ke pentas akhir, namun tuah ternyata tidak menyebelahi skuad Penyu. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Peter Cklamovski dilantik Ketua Jurulatih Kebangsaan, Nafuzi Zain terajui B-23 Harimau Malaya
Struktur organisasi baharu skuad Harimau Malaya permulaan kepada revolusi untuk memperkasakan skuad bola sepak kebangsaan.

Letak jawatan jurulatih Kedah, Nafuzi Zain semakin hampir ke skuad B-23 negara?
Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.

Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.

Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.

Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.

Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi
Katanya, Sang Kenari dibimbing Nafuzi memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti seperti Lee Tuck dan Manuel Hidalgo.

Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap
Nafuzi Zain yakin dapat membentuk pasukan yang mantap dan dapat memberi saingan kepada pasukan lain dalam liga di negara ini.

ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.

Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan.

Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu
Nafuzi Zain tetap berbangga dengan pencapaian skuadnya musim ini walaupun misi untuk menjulang Piala Malaysia terkandas.