Desas-desus khabar angin yang bertiup kencang itu dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, yang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Berita melibatkan perpindahan itu belum dipastikan oleh mana-mana pihak sebaliknya menunggu pengumuman rasmi sekiranya langkah tersebut berlaku.
Segelintir penyokong tempatan berpendapat bahawa isu kewangan yang membelenggu Sang Kenari menjadi faktor utama bekas pengendali Terengganu bakal mengangkat kaki daripada pasukan berkenaan.
Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Karl Nunis, turut memberi petunjuk bahawa seorang jurulatih terkemuka bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sebuah kelab. - Stadium Astro