SHAH ALAM: Polis menahan seorang pelawak dan isterinya, pada Isnin untuk siasatan kes sebar maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini.


Ringkasan AI
  • Penahanan Pelawak dan Isteri: Polis menahan seorang pelawak dan isterinya untuk siasatan berkaitan sebaran maklumat dalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Pasangan berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan semasa memberi keterangan di Balai Polis Seksyen 9, jam 7 petang Isnin.
  • Reman Dua Hari: Kedua-dua individu direman selama dua hari sehingga Rabu selepas dibawa ke Mahkamah Shah Alam. Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
  • Gambar Program Lawatan: Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram berkaitan gambar program lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.


Difahamkan, pasangan berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan semasa hadir memberi keterangan di Balai Polis Seksyen 9, di sini, kira-kira jam 7 petang.

Polis turut merampas telefon bimbit untuk tindakan lanjut.

Susulan itu, kedua-dua individu itu direman dua hari sehingga Rabu selepas dibawa ke Mahkamah Shah Alam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu itu.

Sebelum itu, tular di aplikasi Telegram berkaitan gambar pada program lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.

*Artikel disiarkan di Sinar Harian