KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan memastikan penjualan kredit karbon ke luar negara tidak menjejaskan sasaran pencapaian Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) yang ditetapkan Malaysia, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata langkah berkenaan bertujuan memastikan matlamat NDC kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon merentas ekonomi sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dapat dicapai.
"Dalam masa yang sama, bagi menggalakkan dan menyokong inisiatif penjanaan karbon daripada sektor perhutanan, kementerian telah menubuhkan Malaysia Forest Fund (MFF) sebagai entiti bertanggungjawab untuk melaksanakan usaha serta strategi kewangan inovatif bagi sektor perhutanan dan kita telah melihat kredit karbon sudah mula didagangkan di platform Bursa Carbon Exchange (BCX) dan Projek Kuamut di Sabah.
"Kita telah melantik MFF sebagai agensi pelaksana di bawah Dana Pembangunan Projek Karbon Hutan sebanyak RM5 juta pada 2024 untuk menyokong aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu tindakan diambil kementerian untuk menyelaraskan proses bidang kuasa kerajaan pusat dan negeri bagi penjanaan kredit karbon daripada hutan Malaysia.
Pada 20 Mei lepas, tawaran pertama lelongan Sijil Tenaga Boleh Baharu Malaysia (REC) dan kredit karbon melalui BCX membuka peluang kepada sektor korporat untuk mengetengahkan tindakan iklim mereka melalui pengagihan modal dengan cekap bagi menyokong usaha pemuliharaan dan pemulihan hutan serta penggunaan teknologi rendah karbon.
Nik Nazmi berkata kredit karbon dan REC berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan projek rendah karbon bagi menyokong cita-cita Malaysia mencapai pengurangan 45 peratus dalam intensiti pelepasan karbon berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.
Menjawab soalan tambahan Mohd Shahar mengenai usaha diambil kerajaan dalam memastikan mekanisme pasaran karbon diperkuat terutamanya dalam sektor perhutanan, Nik Nazmi berkata kerajaan menerusi Kementerian Kewangan sedang mengadakan perbincangan dengan Bank Dunia untuk menetapkan sama ada cukai karbon dapat dilaksanakan di negara ini.
"Perbincangan itu sedang berlangsung dan hal ini antara perkara yang perlu diambil kira dalam proses penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara yang sedang dibuat dan saya percaya kalau ada kerangka berkenaan, harganya (pasaran karbon) lebih baik daripada apa yang kita ada dalam realiti pasaran suka rela sekarang yang harga agak rendah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
Nik Nazmi berkata langkah berkenaan bertujuan memastikan matlamat NDC kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon merentas ekonomi sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dapat dicapai.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.
Harga diesel turun 5 sen mulai esok
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.
Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.
'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Kebajikan anggota keselamatan terus diberi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri beri jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus memastikan kebajikan dan kemudahan anggota keselamatan diberi keutamaan.
Rasionalisasi subsidi diesel diumum jam 5 petang hari ini
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadakan sidang media mengenai rasionalisasi subsidi diesel di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5 petang pada Ahad.
Dasar TVET Negara 2030: 5 teras selaras program TVET
DASAR TVET Negara 2030 adalah usaha menyelaras pelaksanaan program TVET di Malaysia.
PM umum tambahan RM200 juta perkasa program TVET
Kerajaan mengumumkan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 13,000 orang pelajar.