KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadakan sidang media mengenai rasionalisasi subsidi diesel di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5 petang pada Ahad.


Ringkasan AI
  • Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengumumkan rasionalisasi subsidi diesel dalam sidang media di Putrajaya pada Ahad jam 5 petang.
  • Rangka kerja Ekonomi Madani digunakan untuk memastikan pengurusan fiskal yang mampan dan menangani isu ketirisan tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.
  • Subsidi diesel akan ditarik balik untuk "orang kaya dan warga asing", sementara pengecualian diberikan kepada peniaga komersial, pengangkutan awam, dan individu seperti peniaga kecil dan petani.


Beliau berkata, pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel adalah antara langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani untuk memastikan pengurusan fiskal yang mampan dan menangani isu ketirisan serius dalam sistem, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

Sebelum ini pada 24 Mei lalu, Amir Hamzah berkata, subsidi diesel menyebabkan kerajaan menanggung kos RM1 bilion sebulan, manakala kerugian daripada ketirisan berjumlah RM4.5 juta sehari.

Beliau berkata, pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel adalah antara langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani untuk memastikan pengurusan fiskal yang mampan dan menangani isu ketirisan serius dalam sistem, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

Semasa mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api dalam ucapan kebangsaan pada 21 Mei, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, subsidi untuk diesel akan ditarik balik untuk 'orang kaya dan warga asing'.

Subsidi diesel terlebih dahulu akan dirasionalkan di semenanjung, manakala pelaksanaan di Sabah dan Sarawak akan berlaku kemudian, katanya, tanpa menyebut sebarang garis masa pelaksanaan.

Bagi mengelak sebarang kenaikan drastik dalam kos barangan dan perkhidmatan, Anwar berkata, subsidi akan diteruskan kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial berkuasa diesel dan untuk pengangkutan awam.

Sepuluh jenis kenderaan pengangkutan awam, termasuk bas dan teksi, serta 23 kenderaan pengangkutan barang, akan berada di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Anwar menambah, bantuan tunai juga akan diberikan kepada individu yang layak yang memiliki kenderaan persendirian berkuasa diesel, seperti peniaga kecil dan petani, antara lain. - Sinar Harian