KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus memastikan kebajikan dan kemudahan anggota keselamatan diberi keutamaan.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi telah mewakili beliau melakukan lawatan mengejut ke Balai Polis Beserah di Kuantan, Pahang baru-baru ini.
Menurut Perdana Menteri, beliau telah meminta Ahmad Farhan meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti asas di balai itu untuk memberi keselesaan kepada para petugas.
Pada 15 Julai 2023, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Penjara di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM45 juta diluluskan untuk pembaikan dan perolehan 117 pos kawalan Pasukan Gerakan Am, RM40 juta untuk infrastruktur berkaitan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (ESSCom) dan RM50 juta bagi penyelenggaraan kuarters PDRM.
Semasa pembentangan Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan lebih RM500 juta bagi menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera Malaysia serta membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri termasuk PDRM.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
Setiausaha Politik Anwar (tengah) Ahmad Farhan Fauzi telah mewakili beliau melakukan lawatan mengejut ke Balai Polis Beserah di Kuantan, Pahang baru-baru ini. - Foto FB Anwar Ibrahim
Abg Yahya rangkul emas kedua pada Boling Para Dunia di Hong Kong
Pemain boling para kebangsaan Abg Yahya Abg Azhar mencuri tumpuan dengan meraih pingat emas kedua dalam Kejohanan Boling Dunia Para IBF 2025 di Hong Kong.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.
WEF 2025: Sesi Perdana Menteri bersama Pengerusi Eksekutif WEF
Ikuti sesi perbualan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Sedunia (WEF) Prof Klaus Schwab.
Pempengaruh Malaysia ke ASEAN live creators anjuran Tiktok
Dua pencipta kandungan dari Malaysia berjaya ke program ASEAN Live Creators for Change anjuran Yayasan ASEAN dan TikTok.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.

Semua negara anggota disaran guna zon waktu seragam
Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 kerana ini dapat menyatukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN

Malaysia bakal anjur sidang kemuncak keselamatan dan kesihatan pekerja ASEAN 2025
Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak Keselamatan dan Kesihatan Pekerja ASEAN 2025 dari 4 hingga 5 Ogos tahun ini.
Singapura jamin harga perumahan awam mampu milik
Singapura akan memastikan perumahan awam mampu dimiliki oleh rakyat dengan menyesuaikan dasar menerusi pemberian subsidi tambahan.
Perdana Menterinya, Lawrence Wong memberi jaminan harga flat Bina Ikut Tempahan yang baharu akan ditetapkan pada harga bersesuaian mengikut tahap pendapatan pembeli.
Perdana Menterinya, Lawrence Wong memberi jaminan harga flat Bina Ikut Tempahan yang baharu akan ditetapkan pada harga bersesuaian mengikut tahap pendapatan pembeli.
Penggiat industri serata dunia minat melabur dalam JS-SEZ
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kini menjadi 'buah mulut' (topik perbualan hangat) dalam kalangan penggiat industri di rantau Asia.
Presiden Dewan Perniagaan One Belt One Road (OBORCC) Datuk Seri Tan Thian Lai berkata ia terbukti apabila beberapa syarikat dari China dan Timur Tengah mula menyatakan hasrat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek mega ini.

Kebajikan anggota keselamatan terus diberi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri beri jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus memastikan kebajikan dan kemudahan anggota keselamatan diberi keutamaan.