Menurut Stacy, banjir kali ini merupakan banjir yang paling teruk pernah dihadapi mereka kerana air deras mengakibatkan banyak barang-barang penting tidak dapat diselamatkan.
Air sudah surut
Bagaimanapun, perkembangan terkini, air dilaporkan telah surut dan keluarganya sudah mula membersihkan kediaman yang dipenuhi selut lumpur tebal.
"Ini banjir yang paling teruk, lumpur memang tebal sangat, jadi sekali. Ini paling teruk sebab jarang air tinggi begini.
"Sekarang dah surut dah tinggal lumpur untuk bersihkan, bukannya pertama kali rumah saya banjir cuma banjir begitu memang pertama kali. Ada lima orang dekat rumah itu termasuk bapa saya, abang saya dan anak-anak buah saya.
"Penuh lumpur, satu Penampang itu masih dalam proses membersihkan rumah. Barang dekat bawah memang rosak sebab tak sempat nak naikkan sebab air laju naik cepat sangat. Kerusi saya kayu sebab dah selalu kena banjir. Tapi yang tak boleh diselamatkan mesin basuh, peti sejuk memang tak boleh selamatkan lah," katanya ketika dihubungi Gempak.
Syukur keluarga selamat
Dalam pada itu, Stacy bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana tiada kemalangan dan kecederaan jiwa membabitkan keluarganya.
"Saya dapat tahu berita ini ketika nak buat persiapan sebelum konsert The Hardest Singing Show Ahad lalu.
"Saya memang bila dapat tahu itu risau terutamanya mak saya, saya pun hanya mampu doa sahaja sebab saya memang padat dengan kerja.
"Saya pun hanya mampu berdoa dari jauh yang penting saya bersyukur semua keluarga saya selamat dan tiada sesiapa yang cedera. Saya memang bila dapat tahu itu yang risau terutamanya mak saya. Saya pun hanya mampu doa sahaja sebab saya memang padat dengan kerja," tambahnya lagi.
*Artikel disiarkan di Gempak