PENYANYI Akim Ahmad mengakui bangga dia dan keluarganya dapat memakai baju raya yang dijahit sendiri oleh isterinya Stacy sempena Aifilfitri ini.

Akim, 27 tahun, berkata walaupun ada kekurangan di dalam jahitannya namun ia akan menjadi memori terindah buatnya.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Akim turut melahirkan rasa bangga tersebut.

Dalam entri yang sama dia memuat naik gambar keluarganya yang memakai sedondon baju berwarna merah di hari raya.

Selamat hari raya semua, inilah baju yang dijahit oleh isteri tercinta, sebuah tugasan yang diselesaikan oleh isteri saya, betapa tekunnya dia menjahit walaupun tak pernah pun jahit baju kurung dan baju melayu ni. Walaupun ada kekurangan yang menjadikan ia memori untuk kami berdua kenang dan ingatkan, tapi kekurangan itulah yang buat aku terima kau wahai isteriku. Ketekunan kau itulah yang membuat aku memilihmu. Bukan baju yang sempurna yang aku mahukan, yang aku mahu adalah kau dan keluarga kecil kita. Semoga engkau menjadi isteri yang sentiasa patuh pada suamimu. Dan aku berdoa semoga Allah sentiasa memberikan kurnia padamu wahai isteri.

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad) on


Akim berkahwin dengan Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Eshaal, yang kini berusia setahun. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Bella, 6 tahun. - Teks oleh Syafiqah Jalal; Sumber foto IG Akim