APABILA diduga dengan pemergian insan tersayang, ia memang suatu pengalaman yang sangat memeritkan.
Apatah lagi bila insan itu adalah seorang wanita bernama ibu yang melahirkan, membesarkan, mendidik dan sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya.
Begitulah kisah yang cuba diangkat dalam "Rampas", single terbaharu dari band popular tempatan, Akim & The Majistret (ATM).
Bagai menggambarkan jeritan batin penyanyi band ini sendiri, Akim Ahmad yang kehilangan ibu tercinta pada Mei lalu, lagu ini bercerita tentang peritnya kehilangan, pengalaman pahit yang menginsafi diri dan mengajar erti reda.
Bait-bait lirik dalam "Rampas" ini seolah-olah cuba menterjemahkan apa yang dilalui oleh Akim.
Penyampaian Akim yang sarat dengan emosi dalam melagukan setiap patah kata diiringi dengan gubahan muzik yang cukup dinamik menyerlahkan lagi elemen melankoli yang mampu meresap ke dalam jiwa dan menghantui halwa telinga pendengar.
Rampas membawa konsep pop-rock balada sama seperti lagu hits mereka terdahulu seperti "Potret" dan "Mewangi", ATM tetap mengekalkan bunyi khas mereka namun permainan instrumen di dalam lagu ini diberi kelainan dengan suntikan elemen muzik retro.
"Rampas" merupakan karya ciptaan Akim Ahmad Zimi yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq. Manakala lirik pula ditulis oleh Stacy Anam dibawah nama pena, Bunga Cantik.
Lagu ini telah dilancarkan pada 7 September lalu dan ia diterbitkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment, syarikat rakaman milik Akim dan Stacy dengan kerjasama Nova Music Malaysia sebagai pengedar.
Gempak
Mon Sep 10 2018

Akim & The Majistret (ATM).

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Lancar single solo, Akim Ahmad masih bersama Akim & The Majistret
Lancarkan single Bayang bukan bermakna Akim sudah meninggalkan Akim & The Majistret.

'Influencer' dakwa konsep video muzik 'Rampas' diubah kerana Stacy cemburu? Ini komen Akim
Akim membalas dakwaan seorang individu yang dipercayai influencer luar negara, kononnya babak membabitkannya dipotong kerana Stacy cemburu.

"Saya keluar cara baik" - Zimi undur diri dari Akim & The Majistret
Tiada jodoh untuk terus bersama.

'Dengarlah jeritan batinku' - Single terbaharu terjemah kisah duka Akim
Begitulah kisah yang cuba diangkat dalam "Rampas", single terbaru dari band popular tempatan, Akim & The Majistret (ATM).

Akim tolak berduet dengan Stacy?
Penyanyi Akim Ahmad mengakui terpaksa menolak untuk berduet dengan isterinya, Stacy atau Ummu Syaikhah Stacy Anam akibat masalah yang dihadapi.

Ibu Akim, mertua Stacy meninggal dunia
Akim Ahmad memaklumkan di Instagram rasminya bahawa ibunya, Aminah Bahari telah meninggal dunia.