Penyanyi terkenal yang dicungkil bakat menerusi program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh, Akim Ahmad akan membuat persembahan pembukaan sewaktu Konsert Akhir Superstar Endrum 16.
Konsert tersebut yang bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 19 November 2016. Tambah istimewa, konsert akhir ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran Astro Vinmeen (CH231), Astro Vaanavil (CH201) dan juga menerusi perkhidmatan Astro on the Go (AOTG) bermula jam 8.00 malam.
Selain Akim, beberapa artis tempatan lain seperti Reshma (AF), Kashika (Ceria Popstar), Darkey, Vicanes Jay, Magen, Queen, Hariharan, Hasmitha dan Daraneswary juga turut bergandingan untuk mempersembahkan lagu ‘Endrum 16’ dalam Bahasa Tamil sebagai kelainan untuk memikat hati penonton.
Lagu klasik Endrum 16 ini telah diberi nafas baru oleh komposer tempatan, Jay sambil diiringi dengan alunan gitar oleh Rody Kristal and kumpulan Hyper Baby Act.
Superstar Endrum 16 merupakan pertandingan nyanyian Tamil pertama anjuran Astro yang sudah diterbitkan selama 16 musim sejak tahun 2001. Pertandingan ini juga merupakan platform yang memberi peluang kepada golongan belia untuk mencapai impian mereka dalam industri muzik Tamil.
Seramai lebih 300 golongan belia yang telah hadir sewaktu sesi ujibakat namun hanya 16 peserta terbaik yang berjaya disenarai pendek untuk menyertai musim ini. Selepas cabaran selama 10 minggu, hanya 6 peserta yang layak ke pusingan akhir.
Juara program Superstar Endrum 16 bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000, sebuah kereta Honda HRV beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Manakala naib juara pula akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 beserta sebuah trofi. Sementara pemenang tempat ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai RM6,000 beserta trofi.
Astro Awani
Wed Nov 16 2016
![Penyanyi popular, Akim Ahmad bakal nyanyi lagu Tamil Penyanyi popular, Akim Ahmad bakal nyanyi lagu Tamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479300317_AkimAhmad.jpg)
Penyanyi Akim Ahmad bakal membawakan sebuah lagu Tamil di Konsert Akhir Superstar Endrum 16 pada Sabtu ini. - Foto Instagram Akim
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Lancar single solo, Akim Ahmad masih bersama Akim & The Majistret Lancar single solo, Akim Ahmad masih bersama Akim & The Majistret](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619150139_akimahmad.jpg)
Lancar single solo, Akim Ahmad masih bersama Akim & The Majistret
Lancarkan single Bayang bukan bermakna Akim sudah meninggalkan Akim & The Majistret.
!['Influencer' dakwa konsep video muzik 'Rampas' diubah kerana Stacy cemburu? Ini komen Akim 'Influencer' dakwa konsep video muzik 'Rampas' diubah kerana Stacy cemburu? Ini komen Akim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-11/41479300317_AkimAhmad.jpg)
'Influencer' dakwa konsep video muzik 'Rampas' diubah kerana Stacy cemburu? Ini komen Akim
Akim membalas dakwaan seorang individu yang dipercayai influencer luar negara, kononnya babak membabitkannya dipotong kerana Stacy cemburu.
![Aiman Tino digelar Speedy Gonzales Aiman Tino digelar Speedy Gonzales](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540195210_aiman-01.jpg)
Aiman Tino digelar Speedy Gonzales
Pantas dan cepat menyelinap.
!['Dengarlah jeritan batinku' - Single terbaharu terjemah kisah duka Akim 'Dengarlah jeritan batinku' - Single terbaharu terjemah kisah duka Akim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536573608_atmrampas.jpg)
'Dengarlah jeritan batinku' - Single terbaharu terjemah kisah duka Akim
Begitulah kisah yang cuba diangkat dalam "Rampas", single terbaru dari band popular tempatan, Akim & The Majistret (ATM).
![Akim tolak berduet dengan Stacy? Akim tolak berduet dengan Stacy?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531972803_akim_3.jpg)
Akim tolak berduet dengan Stacy?
Penyanyi Akim Ahmad mengakui terpaksa menolak untuk berduet dengan isterinya, Stacy atau Ummu Syaikhah Stacy Anam akibat masalah yang dihadapi.
!['Ia jadi memori kami' - Akim bangga sarung baju hasil jahitan Stacy 'Ia jadi memori kami' - Akim bangga sarung baju hasil jahitan Stacy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71529481612_akimstacyraya_1.jpg)
'Ia jadi memori kami' - Akim bangga sarung baju hasil jahitan Stacy
Penyanyi Akim akui bangga dia dan keluarganya dapat memakai baju raya yang dijahit sendiri oleh isterinya Stacy sempena Aifilfitri.
![Ibu Akim, mertua Stacy meninggal dunia Ibu Akim, mertua Stacy meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525534694_AminahAhmad.jpg)
Ibu Akim, mertua Stacy meninggal dunia
Akim Ahmad memaklumkan di Instagram rasminya bahawa ibunya, Aminah Bahari telah meninggal dunia.
![Tubuhkan syarikat pengurusan sendiri, Stacy mahu cari artis pandai jaga badan Tubuhkan syarikat pengurusan sendiri, Stacy mahu cari artis pandai jaga badan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521691218_stacy.jpg)
Tubuhkan syarikat pengurusan sendiri, Stacy mahu cari artis pandai jaga badan
Penyanyi Stacy mengakui meletakkan beberapa syarat selepas menubuhkan syarikat pengurusan artis, Rhyme & Rhythm Music Entertainment (R&R) bersama suaminya, Akim Ahmad.
![Penyanyi popular, Akim Ahmad bakal nyanyi lagu Tamil Penyanyi popular, Akim Ahmad bakal nyanyi lagu Tamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479300317_AkimAhmad.jpg)
Penyanyi popular, Akim Ahmad bakal nyanyi lagu Tamil
Penyanyi Akim Ahmad bakal membawakan sebuah lagu Tamil di Konsert Akhir Superstar Endrum 16 pada Sabtu ini.
![Ummu Syaikhah Stacy Abdullah, nama Islam Stacy? Ummu Syaikhah Stacy Abdullah, nama Islam Stacy?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.astrogempak.com.my/Portals/2/0. artis tempatan/stacy islam.jpg)
Ummu Syaikhah Stacy Abdullah, nama Islam Stacy?
Laman sosial kini heboh mengenai berita penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Stacy Anam sudah memeluk Agama Islam.