KUALA NERUS: Pengendali Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain, sah tidak bersama skuad Penyu untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFCSB) Ab Rasid Jusoh berkata ketua jurulatih kelahiran Kelantan itu, telah menolak tawaran lanjutan kontrak yang diberikan kepada beliau atas alasan tertentu.
"Kita terima surat jawapan daripada beliau (Nafuzi) yang dihantar ke pejabat TFCSB pada pukul 4.47 petang semalam.
"Beliau tidak bersetuju untuk menyambung tawaran yang kita berikan," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani kontrak penajaan 2023 antara TFCSB dengan anak syarikat negeri Terengganu.
Bagaimanapun Ab Rasid berkata pengendali muda kelahiran Kelantan itu, tidak direhatkan daripada baki tiga perlawanan saingan Piala Malaysia musim ini.
Beliau berkata konflik yang berlaku antara pihak pengurusan dan Nafuzi tidak menjejaskan persiapan pasukan dalam misi memburu kejuaraan piala paling berprestij di Liga M.
"Kita telah mengadakan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah TFCSB, tidak ada sebarang perubahan. Beliau masih menerima gaji daripada TFCSB, jadi tidak ada sebab untuk beliau direhatkan daripada tugasnya selagi kontrak masih ada," katanya.
Dalam pada itu, Ab Rasid berkata TFCSB akan meneliti calon ketua jurulatih yang baharu untuk musim depan.
Calon tersebut katanya perlu memiliki reputasi atau prestasi yang menyamai atau lebih baik daripada ketua jurulatih sedia ada.
"Ini bagi memastikan kesinambungan dan pencapaian pasukan tidak lari jauh daripada apa yang kita capai sekarang," katanya yang turut melahirkan penghargaan kepada Nafuzi atas sumbangannya membawa TFC ke final Piala FA musim ini dan pentas Piala Konfederasi Asia (AFC) tahun depan.
Nafuzi memulakan kariernya di Terengganu pada 2016 dengan menjawat jawatan ketua jurulatih skuad Piala Presiden T-Team, sebelum dipilih menjadi penolong jurulatih skuad utama Terengganu bermula 2017 hingga 2019.
Pada 2020, Nafuzi dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih TFC sehingga musim ini sehingga kontraknya tamat pada 30 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022
Ab Rasid (gambar) berkata konflik yang berlaku antara pihak pengurusan dan Nafuzi tidak menjejaskan persiapan pasukan dalam misi memburu kejuaraan piala paling berprestij di Liga M. - Gambar fail
Apa perkembangan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja- YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjis Tanah mempersoalkan perkembangan terhadap cadangan untuk memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) untuk melindungi hak pekerja terutama sekali melibatkan kemalangan jalan raya diluar waktu bekerja.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Mahkamah perintah polis lengkapkan siasatan Teoh Beng Hock dalam 6 bulan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock dalam masa enam bulan.
Kim Swee buat kejutan tinggalkan Sabah FC
Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan keputusan untuk meninggalkan skuad itu apabila kontraknya tamat hujung bulan ini.
Empat sekawan didakwa rogol pelajar tingkatan dua
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Balik Pulau atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada 10 November lalu.
[TERKINI] Pemain industri minta kerajaan tangguhkan pembentangan
Pemain industri gig meminta kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada bulan Disember depan.
"Pastikan dahulu isu pengambilan tanah ini diselesaikan lebih awal.." - Ahli Parlimen Jeli
Ahli Parlimen Jeli mahu supaya kerajaan mendahulukan isu pengambilan tanah lebih awal supaya tidak berlaku sebarang kelewatan. Beliau memberi contoh satu projek dimana SST sudah dikeluarkan lebih tiga tahun lalu, tetapi projek masih belum dimulakan dan alasan kontraktor adalah proses pengambilan tanah belum dibuat sepenuhnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Empat maut nahas: 'Danial sempat hubungi ibu sebelum nahas'
Kali terakhir dia bertemu dengan adiknya semasa mereka berkumpul beramai-ramai di rumah bapa mereka di Bestari Jaya pada Sabtu lalu.
"Dah berapa kali 're-time' LPT3 ni?" - Ahli Parlimen Tumpat
Ahli Parlimen Tumpat bertanyakan tentang pembinaan LPT3 yang masih ditangguh sedang pelannya sudah lengkap.
Beliau jugak bertanya adakah ini bukti kegagalan yang sepatutnya tidak berlaku?
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Beliau jugak bertanya adakah ini bukti kegagalan yang sepatutnya tidak berlaku?
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Jurutera wanita didakwa guna jawatan dapatkan tender bernilai RM158,440
Didakwa guna jawatan bagi memberikan tender bernilai RM158,440 kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan kepada dirinya.
Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas kewangan RM500 - MB
Bantuan berkenaan akan diberi pada Februari tahun depan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.
Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi
Katanya, Sang Kenari dibimbing Nafuzi memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti seperti Lee Tuck dan Manuel Hidalgo.
Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap
Nafuzi Zain yakin dapat membentuk pasukan yang mantap dan dapat memberi saingan kepada pasukan lain dalam liga di negara ini.
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan.
Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu
Nafuzi Zain tetap berbangga dengan pencapaian skuadnya musim ini walaupun misi untuk menjulang Piala Malaysia terkandas.
Nafuzi sah tidak bersama TFC musim depan
Ketua jurulatih kelahiran Kelantan itu, telah menolak tawaran lanjutan kontrak yang diberikan kepada beliau atas alasan tertentu.
Terengganu FC bidas kenyataan terbuka Nafuzi Zain
Ketua pegawai eksekutif Terengganu FC Ab Rasid Jusoh mengeluarkan kenyataan media menjawab dakwaan Nafuzi.