Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas kewangan RM500 - MB
Bantuan berkenaan akan diberi pada Februari tahun depan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.
Bernama
Thu Nov 21 2024
Mohd Nassuruddin berkata, bantuan berkenaan akan diberi pada Februari tahun depan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bantuan berkenaan akan diberi pada Februari tahun depan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.
"Bantuan khas kewangan RM500 seorang diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
"Bayaran itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan Kelantan 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Mohd Nassuruddin berkata bayaran bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada lantikan politik yang jumlahnya akan ditentukan oleh kerajaan negeri.