KUALA LUMPUR: Diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 memberi inspirasi kepada penerjun negara Bertrand Rhodict Lises untuk menampilkan aksi cemerlang di Paris.
Walaupun Bertrand bakal membuat penampilan sulungnya pada temasya sukan terbesar itu, atlet berusia 19 tahun tersebut tekad untuk meraih kedudukan sebaik mungkin dalam acara itu di Pusat Akuatik di Saint Denis.
"Menyasarkan untuk mara ke akhir, memang matlamat saya selama ini, namun sekiranya semua berjalan lancar, saya berharap untuk menamatkan pertandingan pada kedudukan enam terbaik," katanya pada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Pemuda kelahiran Sarawak itu, yang kini menjalani latihan di Australia, berkata berita dirinya menjadi pemegang bendera pada upacara pembukaan itu bukanlah satu kejutan.
Bertrand mengakui beliau berasakan dirinya berkemungkinan menjadi sorotan dan mengetuai kontinjen negara pada perarakan atlet di Paris.
"Sebenarnya boleh djangka, kerana acara terjun antara yang terawal mulakan saingan di Paris," katanya.
Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos. Terjun akan bemula pada 27 Julai-10 Ogos.
Semalam, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan Bertrand dan atlet pelayaran Nur Shazrin Mohamad Latif sebagai pembawa panji-panji negara pada temasya sukan terbesar dunia itu.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan berkata kedua-dua atlet berkenaan mewakili anggota kontinjen Malaysia yang terdiri daripada mereka yang kali pertama ke Olimpik serta atlet yang telah beberapa kali layak ke temasya itu.
"Bertrand dipilih kerana kali pertama melayakkan diri ke temasya itu manakala Nur Shazrin pula ialah seorang atlet berpengalaman yang akan membuat penampilan ketiganya. Dalam meraikan masa depan, kita menghargai masa kini," kata Mohamad Norza.
Bertrand menjadi anak Sarawak keempat diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang di pentas Olimpik, selepas atlet olahraga Kuda Ditta (Rome 1960), penerjun Bryan nickson Lomas (Athens 2004) dan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong di London pada edisi 2012.
Nur Shazrin merupakan pelayar pertama diberi penghormatan membawa bendera Malaysia pada upacara pembukaan Olimpik.
Majlis pembukaan Sukan Olimpik 2024 dijadualkan berlangsung di Sungai Seine dan atlet akan menaiki bot menyusuri sungai tersebut.
Perarakan menaiki bot sejauh enam kilometer itu akan berakhir di Trocadero di mana protokol Olimpik dan pertunjukan seterusnya akan diadakan.
Dalam pada itu, Bertrand berkata latihannya di Australia berjalan lancar setakat ini dan beliau bersyukur diberi peluang untuk berlatih dengan para penerjun negara itu yang ramah.
Pemenang gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu berkata beliau tidak sabar untuk mengikuti persiapan terakhir di United Kingdom bermula 9 Julai ini sebelum beraksi di Paris 2024.
Bertrand merupakan atlet negara pertama menempah slot secara merit ke Paris selepas menduduki tempat ke-10 acara 10 meter platform pada Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Pemuda kelahiran Sarawak itu, yang kini menjalani latihan di Australia, berkata berita dirinya menjadi pemegang bendera pada upacara pembukaan itu bukanlah satu kejutan.- Gambar fail/Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Olimpik Paris 2024: Perjalanan Bertrand Rhodict berakhir di pusingan kelayakan
Penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises, terlepas peluang ke separuh akhir acara 10 meter platform lelaki Sukan Olimpik Paris 2024.

Peranan sebagai pembawa bendera dorong Bertrand untuk capai enam terbaik
Diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 memberi inspirasi kepada penerjun negara Bertrand Rhodict Lises untuk menampilkan aksi cemerlang di Paris.

Olimpik Paris 2024: Misi tingkat darjah kesukaran terjunan Bertrand hampir tercapai
Bertrand semakin menghampiri misinya untuk menguasai kemahiran terjunan dengan darjah kesukaran 3.7 dan 3.6 di pentas Sukan Olimpik Paris 2024.

Bertrand, Nur Shazrin pembawa Jalur Gemilang Olimpik Paris 2024
Upacara perasmian dijadual diadakan di Sungai Seine dengan bot membawa para atlet bagi setiap delegasi negara.

Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.

Piala Dunia: Bertrand-Enrique duduki tempat kesembilan acara 10 meter platform seirama
Bertrand-Enrique mengumpul 353.67 mata selepas enam pusingan terjun manakala Yang Hao-Lian Junjie dinobat juara dengan meraih 457.23 mata.

Piala Dunia: Bertrand duduki tempat ke-10 acara 10m platform lelaki
Atlet terjun negara itu, mengumpulkan 389.85 mata selepas enam terjunan pada acara berlangsung di Parc Olympique.

Bertrand harap dimasukkan dalam program RTG
Pemuda Sarawak berusia 18 tahun itu dijangka mengetahui kedudukannya selepas mesyuarat Jawatankuasa RTG minggu depan.

RTG: Nasib Bertrand diketahui akhir bulan ini - Hannah
Biarpun Bertrand bukan di bawah RTG, MSN tetap memberi sokongan kepadanya untuk menjalani persiapan membuat penampilan di Sukan Olimpik.

Paris 2024: MAS rancang program latihan khas untuk Bertrand
Persekutuan Renang Malaysia merancang program latihan khas untuk Bertrand Rhodict Lises, satu-satunya atlet terjun yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.