KAJANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menangguhkan prosiding jatuh hukum terhadap seorang pengasuh sebuah taska, yang didakwa mendedahkan seorang bayi perempuan berusia 17 bulan yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada 24 Sept.
Hakim Mazuliana Abdul Rashid menetapkan tarikh baharu itu selepas peguam S. Priyalatha yang mewakili Nor A'in Ismail, 24, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dijangka bersalin pada minggu hadapan.
"Pihak kami ingin membuat permohonan agar jatuh hukum ditetapkan kepada satu tarikh baharu, iaitu selepas tertuduh bersalin dan berpantang.
"Setakat hari ini, tertuduh masih mengekalkan pengakuan bersalah dan laporan forensik serta perubatan mangsa juga telah selesai," kata peguam itu pada prosiding hari ini, yang ditetapkan untuk jatuh hukum.
Priyalatha berkata anak guamnya juga hadir pada prosiding hari ini, yang jelas menunjukkan tertuduh akan memberikan kerjasama penuh sehingga kes selesai.
Timbalan Pendakwa Raya Faelly Jeffrey Lanjungan tidak membantah permohonan pihak pembelaan untuk menunda jatuh hukum ke tarikh lain, mengambil kira keadaan tertuduh yang sarat mengandung.
Pada 6 Jun, Nor A'in mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap seorang bayi berusia 17 bulan di sebuah taska di Bandar Mahkota Cheras di sini pada 4.15 petang 28 Mei.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
![Tangguh jatuh hukum tertuduh sarat mengandung Tangguh jatuh hukum tertuduh sarat mengandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719906037_pengasuh.jpg)
Peguam S. Priyalatha yang mewakili Nor A'in Ismail (kanan) memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dijangka bersalin pada minggu hadapan.- Foto Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Tangguh jatuh hukum tertuduh sarat mengandung Tangguh jatuh hukum tertuduh sarat mengandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719906037_pengasuh.jpg)
Tangguh jatuh hukum tertuduh sarat mengandung
Mahkamah menangguhkan prosiding jatuh hukum terhadap seorang pengasuh taska, yang didakwa mendedahkan seorang bayi yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan.
![Mahkamah Pakistan tangguh hukuman Imran Khan Mahkamah Pakistan tangguh hukuman Imran Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686268181_ImranKhan.jpg)
Mahkamah Pakistan tangguh hukuman Imran Khan
Sebuah mahkamah Pakistan pada Selasa menangguhkan hukuman penjara tiga tahun bekas Perdana Menteri Imran Khan, memerintahkan pembebasannya dengan ikat jamin.
![Tiada keadaan khas lepaskan Siti Bainun daripada penjara - Hakim Tiada keadaan khas lepaskan Siti Bainun daripada penjara - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683090271_SitiBainun.jpg)
Tiada keadaan khas lepaskan Siti Bainun daripada penjara - Hakim
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Siti Bainun Ahd Razali untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkannya.
![Peter Anthony berjaya gantung hukuman, sabitan guna dokumen palsu Peter Anthony berjaya gantung hukuman, sabitan guna dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659343311_DatukPeterAnthony.jpg)
Peter Anthony berjaya gantung hukuman, sabitan guna dokumen palsu
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Datuk Peter Anthony bagi menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya atas kesalahan dokumen palsu.
![Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Tengku Adnan daripada tuduhan rasuah Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Tengku Adnan daripada tuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626407591_BekasMenteriWilaya.jpg)
Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Tengku Adnan daripada tuduhan rasuah
Pada 21 Disember tahun lalu, Tengku Adnan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah.
![Model sambilan didenda RM18,000, penjara 5 tahun sebabkan kematian Model sambilan didenda RM18,000, penjara 5 tahun sebabkan kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592803742_NgPeiVen.jpg)
Model sambilan didenda RM18,000, penjara 5 tahun sebabkan kematian
Selain denda dan penjara, lesen percubaan tertuduh juga dibatalkan dan akan dipenjara dua tahun jika gagal menjelaskan denda.