ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Jun 2024.


1. Israel bunuh 24 lagi rakyat Palestin termasuk kakak Ismail Haniyeh

Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin dalam tiga serangan udara berasingan di Bandar Gaza, pada awal Selasa.



2. India didakwa eksport roket, peluru ke Israel

India didakwa mengeksport roket dan bahan letupan ke Israel ketika konflik Hamas sedang memuncak sehingga membawa jumlah kematian meningkat penduduk Gaza terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.


3. NATO lantik PM Belanda Mark Rutte sebagai Setiausaha Agung

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah melantik Perdana Menteri Belanda yang akan meletak jawatan Mark Rutte untuk menggantikan Jens Stoltenberg sebagai setiausaha agung perikatan itu pada Oktober, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik satu kenyataan pada Rabu.


4. Julian Assange akhirnya bebas, kembali semula ke Australia

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange kini melangkah bebas untuk pertama kalinya dalam tempoh 12 tahun selepas seorang hakim Amerika Syarikat (AS) menandatangani perjanjian pengakuan bersalahnya yang tidak dijangka pada pagi Rabu.


5. 25 maut, ribuan dirawat di hospital akibat gelombang haba terik di Karachi

Sekurang-kurangnya 25 orang maut dan ribuan dimasukkan ke hospital akibat strok haba semasa gelombang haba terik di bandar pelabuhan selatan Pakistan, Karachi, sejak tiga hari lepas, kata pasukan penyelamat dan media tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.


6. Singapura rampas S$6 bilion hasil kegiatan jenayah, pengubahan wang haram sejak 2019

Singapura merampas S$6 bilion yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah dan pengubahan wang haram antara Januari 2019 dan Jun 2024.


7. Hong Kong lonjak tangga kelima ranking daya saing dunia

Hong Kong naik dua anak tangga kepada kedudukan ke-5 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2024.


8. Rahul Gandhi ketua pembangkang parlimen India

Ahli politik terkemuka, Rahul Gandhi akan menjadi ketua pembangkang parlimen India, jawatan penting yang akan membolehkannya mengawasi tindakan dan dasar kerajaan dengan lebih berkesan.


9. China berjaya uji roket boleh mendarat semula seperti SpaceX

Pada tahun 2022, Agensi Angkasa Kebangsaan China (CNSA) menyatakan hasrat untuk menggunakan sistem roket yang mampu mendarat semula ke bumi seakan roket yang digunakan SpaceX.


10. Kesejahteraan Digital ASEAN: Kerjasama rentas negara, platform bantu kefahaman

Antara cabaran yang digariskan dalam mencapai kesejahteraan digital ASEAN ialah banyak usaha pendigitalan dilakukan secara bersendirian dengan agensi yang berbeza mengguna pakai standard dan sistem yang berbeza.