Ringkasan AI
- Kenaikan kos rawatan hospital swasta menyebabkan golongan M40 membatalkan polisi insurans mereka, meningkatkan beban pesakit di hospital kerajaan dan berisiko melumpuhkan sistem kesihatan awam.
- Peningkatan kes pembatalan polisi insurans boleh melumpuhkan syarikat insurans, serupa dengan situasi bank yang runtuh apabila terlalu ramai pelanggan mengeluarkan simpanan serentak.
- Usaha memperkasakan pembiayaan swasta dalam sektor kesihatan perlu dilaksanakan untuk melengkapi peranan hospital kerajaan dan mengurangkan beban kewangan mereka, mencipta situasi menang-menang bagi semua pihak.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, keadaan itu boleh berlaku susulan peningkatan beban jumlah pesakit ke hospital kerajaan.
"Jika hospital kerajaan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans, sistem tersebut akan menanggung beban yang besar hingga berisiko lumpuh.
"Pada masa sama, peningkatan kes individu menyerahkan polisi insurans mereka juga boleh melumpuhkan syarikat insurans.
"Situasi ini sama seperti bank yang akan runtuh apabila terlalu ramai pelanggan mengeluarkan simpanan serentak," katanya dalam program AWANI Pagi pada Isnin.
Justeru, ujarnya, usaha memperkasakan pembiayaan swasta secara mampan bagi sektor kesihatan perlu dilaksanakan.
Katanya, ini kerana sistem pembiayaan swasta akan saling melengkapi peranan ditawarkan hospital kerajaan. Kewujudan sistem itu juga akan membantu mengurangkan beban kewangan ditanggung hospital kerajaan.
Ujarnya, usaha ini pada akhirnya akan mencipta situasi menang-menang bagi semua pihak.