1. Tujuh maut, lebih 820,000 keluarga terjejas akibat tiga taufan di Filipina
Jumlah kematian akibat kesan gabungan taufan Nika (nama antarabangsa Toraji), Ofel (Usagi) dan Pepito (Man-yi) telah meningkat kepada tujuh dengan kira-kira 820,831 keluarga terjejas, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) pada Rabu.
2. Indonesia setuju serah Mary Jane Veloso kepada pihak berkuasa FilipinaIndonesia setuju serah Mary Jane Veloso kepada pihak berkuasa Filipina
Kerajaan Indonesia telah bersetuju dengan permintaan Filipina untuk memindahkan pekerja Filipina di luar negara (OFW) Mary Jane Veloso yang disabitkan kesalahan ke penjara tempatan, umum Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. pada Rabu, lapor Philippine News Agency (PNA).
3. 3 askar Lubnan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas kemudahan tentera
Tentera Lubnan pada Selasa memaklumkan bahawa tiga anggotanya terkorban dalam serangan udara Israel ke atas sebuah pos tentera di Sarafand, sebuah kampung di selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu (AA).
4. Kenderaan kecemasan di Gaza terpaksa henti operasi akibat kekurangan bahan api
Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan yang semakin teruk di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
5. Israel rompak 100 lori bantuan makanan ke Gaza
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan hampir 100 lori yang membawa makanan untuk penduduk Palestin dirompak secara kejam selepas memasuki Gaza, Sabtu lalu.
6. Israel tawar AS$5 juta jika kembalikan tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata Israel menawarkan ganjaran sebanyak AS$5 juta (RM23.5 juta) bagi setiap tebusan yang berjaya dikembalikan.
7. Trump lantik doktor selebriti, Dr Oz ketuai program insurans kesihatan Amerika
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih, Donald Trump mengumumkan pelantikan Dr Mehmet Oz, pakar bedah dan selebriti TV yang dikenali sebagai "Dr Oz", untuk mengetuai program insurans kesihatan awam besar-besaran negara itu.
8. Boeing bakal berhentikan 2,500 pekerja di AS
Syarikat penerbangan terkemuka Amerika Syarikat, Boeing, bakal memberhentikan lebih 2,500 pekerja di beberapa negeri termasuk Washington, Oregon, Carolina Selatan dan Missouri.
9. Hampir 200 sekolah di UK ditutup akibat salji lebat
Hampir 200 sekolah di United Kingom (UK) terpaksa ditutup akibat salji yang turun dengan lebat.
10. Tiga maut dalam ujian kenderaan di loji Hyundai Motor
Tiga petugas maut disyaki akibat sesak nafas semasa menjalankan ujian prestasi kenderaan di kilang Hyundai Motor Co di Ulsan pada Selasa, menurut pegawai.