Pengiktirafan itu diberikan atas pencapaian Astro AWANI dalam dunia penyiaran, menerusi kategori program Masterclass in News Broadcasting and Journalism, kepada Ketua Pengarang stesen penyiaran itu, Ashwad Ismail.
Anugerah berkenaan menonjolkan usaha berterusan Astro AWANI dalam membangunkan bakat kewartawanan berkualiti tinggi, selain memperkukuh landskap media tempatan.
Pada edisi Normal Baharu, MEBA memberi tumpuan kepada syarikat atau pemain industri yang menunjukkan ketahanan dan kebolehsuaian luar biasa dalam menghadapi ketidaktentuan dunia.
Majlis anugerah itu antara lain menghargai organisasi dan individu yang cemerlang dalam kepimpinan, inovasi teknologi, perkhidmatan pelanggan, dan pembangunan produk strategik, sambil menavigasi dunia pasca pandemik.
Edisi kali ini juga menjadi mercu tanda penting dalam sejarah MEBA, dalam meraikan syarikat-syarikat dan usahawan-usahawan yang bukan sahaja berdaya tahan sebalik berkembang maju di sebalik pelbagai cabaran.
Selaras dengan landskap perniagaan semasa, tema edisi 2024, 'Pivoting with Greater Strength', MEBA mengetengahkan keupayaan strategik perniagaan dalam mencari peluang baharu untuk pertumbuhan dan kelestarian di pasaran yang tidak menentu.
Anugerah MEBA turut memberi pengiktirafan kepada pemain industri dan individu yang menunjukkan komitmen luar biasa terhadap ketahanan, kelestarian, dan inovasi.
Majlis itu dihadiri oleh Penaung Diraja bagi Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia 2024, Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah.
Baginda turut berkenan menyempurnakan majlis dengan menyampaikan anugerah kepada para penerima anugerah.