1. Yoon didakwa arah tahan ahli politik utama selepas isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, didakwa telah mengarahkan penahanan ahli politik terkemuka daripada parti pemerintah dan pembangkang utama selepas mengisytiharkan undang-undang tentera awal minggu ini, menurut seorang pegawai risikan kanan pada Jumaat.
2. Pasaran Korea Selatan 'semakin stabil' selepas insiden undang-undang tentera
Pihak berkuasa ekonomi dan kewangan tertinggi Korea Selatan pada Jumaat memaklumkan bahawa pasaran kewangan dan pertukaran asing negara itu "semakin stabil" selepas kejadian pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat awal minggu ini.
3. Trump lantik David Sacks ketuai Agensi AI dan Kripto
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis melantik bekas Ketua Pegawai Operasi PayPal David Sacks mengetuai agensi kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kripto negara itu.
4. Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
5. Rusia pertimbang normalisasi hubungan dengan AS jika kepentingannya diiktiraf
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Khamis berkata bahawa negaranya akan mempertimbangkan cadangan Barat untuk menormalisasikan hubungan jika kepentingan Moscow turut diambil kira.
6. Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda luar pantai California pada Khamis ditarik balik, menurut pihak berkuasa.
7. Pembinaan semula infrastruktur awam Lubnan akan dipercepat
Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati akan memimpin mesyuarat kabinet Sabtu ini bagi membincangkan tindakan segera berhubung kerosakan dan runtuhan infrastruktur awam akibat perang.
8. Israel teruskan operasi di selatan Lubnan
Tentera Israel dilapor meneruskan operasi di selatan Lubnan dengan tujuan memusnahkan infrastruktur ketenteraan Hezbollah.
9. 71 maut akibat wabak penyakit misteri di Congo
Republik Demokratik Congo (DRC) berada pada tahap berjaga-jaga susulan kemunculan penyakit misteri yang telah meragut lebih 70 nyawa, menurut Menteri Kesihatan Awam DRC, Roger Kamba pada Khamis, lapor Xinhua.
10. Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales pada 2023
Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lepas, dengan lebih 4,600 bayi lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).