Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 58 tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Gohtong Jaya.
- Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkan mayat kepada pihak polis.
- Pemandu Cam Placer-X mengalami kecederaan parah di kepala dan telah dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan insiden itu pada jam 10.05 pagi dan mengarahkan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, kita mendapati kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X telah bertembung.
“Pemandu Toyota Corolla Altis yang berusia 58 tahun disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian akibat tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan mayat kepada pasukan polis bagi tindakan selanjutnya, tambahnya.
Sementara itu, katanya, pemandu Cam Placer-X mengalami kecederaan di bahagian kepala telah dihantar ke hospital Selayang untuk rawatan lanjut.