Pada ketinggian 821 meter dari aras laut, bandar Rimbawan dirancang dengan teliti untuk menyatukan komuniti dengan ekosistem setempat.
Projek yang dijangka menghasilkan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM9.5 bilion ini merupakan usaha LBS untuk menggabungkan pembangunan dengan pemuliharaan alam sekitar.
Bandar yang berkeluasan 315 ekar ini turut dibangunkan dengan menggunakan pendekatan Miyawaki Method untuk meningkatkan biodiversiti dan mempercepatkan proses regenerasi semula jadi.
Selain itu, konsep “sponge city” juga diterapkan dengan penanaman pokok-pokok tempatan yang padat bagi memperbaiki struktur tanah dan meningkatkan penyerapan air.
Bagi memperkasa konsep hijau dalam projek ini, LBS juga membangunkan rangkaian laluan serapan tinggi untuk menyerap air hujan secara efisien selain dapat mengurangkan risiko banjir dan memulihkan ekosistem tanah.
Bandar Rimbawan turut dibahagikan kepada empat zon unik iaitu EcoCommunity, EcoCommercial, EcoDiscovery dan EcoPlay.
EcoCommunity menawarkan pelbagai pilihan kediaman seperti banglo, hartanah bertanah, dan unit kediaman bertingkat tinggi.
Ia turut dilengkapi lebih 9km laluan hutan serta 6km trek berbasikal dan joging.
EcoCommercial pula merupakan pusat sosial berpusat di sekitar sungai mengalir, menawarkan kemudahan dan ruang komersial yang menghubungkan komuniti.
Bagi EcoDiscovery, dengan rizab ekologi seluas lebih 50 ekar, penduduk dapat menikmati pengalaman alam yang tentunya memberi ketenangan.
EcoPlay pula menyaksikan pembangunan taman permainan semula jadi untuk kanak-kanak yang mampu memupuk hubungan dengan alam sekitar sekaligus menghargai nilai kelestarian sejak kecil.
Sebagai sebahagian daripada bandar Rimbawan, pangsapuri servis Bayu Hills juga ditawarkan kepada penduduk yang mahu menikmati pengalaman kehidupan moden dengan harga bermula serendah RM501,900.
Dengan 642 buah unit kediaman, perbandaran ini dijangka menghasilkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM453 juta.
Pembangunan berketumpatan rendah ini antara lain, memberikan pilihan reka bentuk unit berukuran antara 500 hingga 1,067 kaki persegi.
Bayu Hills turut menawarkan pelbagai kemudahan untuk memenuhi setiap aspek kehidupan moden bagi memberi keselesaan dan manfaat kepada penduduk serta pemandangan indah kawasan tanah tinggi.
Dilengkapi dengan ruang santai, ruang kerja yang kondusif di dalam kawasan yang berlatar belakangkan keindahan hutan, dan pemandangan hijau, setiap ruang diintergrasikan secara harmoni ke dalam landskap yang direka dengan seni dan susun atur yang mesra pengguna.
Penduduk juga boleh menikmati kemudahan lain seperti tadika, surau, bilik permainan, kolam renang, kawasan BBQ, dan banyak lagi.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Datuk Seri Ir (Dr.) Lim Hock San, projek ini mencerminkan komitmen LBS terhadap pembangunan lestari.
“Rimbawan merupakan bukti bahawa pembangunan boleh dilakukan dengan rasa tanggungjawab terhadap generasi akan datang, sambil memastikan keseimbangan antara kemajuan moden dan pemeliharaan alam,” ujarnya.
Dengan pengiktirafan sebagai Syarikat Pengurus Terbaik oleh Deloitte untuk tahun ketiga berturut-turut, LBS terus memacu kelestarian melalui prinsip persekitaran, sosial, dan urus tadbir (ESG).
Kejayaan ini dikecapi kerana projek dibangunkan LBS mengintegrasikan elemen pemeliharaan alam, kesejahteraan komuniti, dan tadbir urus yang beretika ke dalam setiap aspek pembangunannya.
Jadi antara 100 pelanggan terawal yang membuat tempahan untuk menikmati tawaran
eksklusif dari LBS!
Untuk maklumat lanjut, layari https://lbsrimbawan.com.my.