AKTOR popular Fattah Amin berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 selepas menang acara Run Challenge anjuran Radio ERA, pada Khamis.


Ringkasan AI
  • Aktor popular Fattah Amin memenangi hadiah wang tunai RM1,000 selepas menyertai acara Run Challenge anjuran Radio ERA.
  • Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada pihak Fattah.
  • Acara larian santai ini berlangsung di pekarangan bangunan Astro Bukit Jalil dan melibatkan Fattah Amin serta penyampai radio, Nabil Ahmad.


Menurut Pengurus Kandungan ERA, Azah Sahrin, penyertaan Fattah dalam acara larian ini sebenarnya tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.

"Benda kita tak rancang pun. Semalam kita ada diskusi dalam bilik, tetapi tiba-tiba dalam feed, Nabil pakai pakaian sukan. Jadi mereka borak dengan Nabil.

"Kita post dalam Instagram, sebab hari tu Pak Azad dah lawan dengan Jojoe. Jadi hari ini, Nabil nak lawan lari dengan siapa?

"Kebetulan ada ramai orang tag Fattah Amin. Selepas itu, kita dapat sambutan yang baik pula daripada pihak Fattah.

"Fattah cakap dia on lawan lumba lari dengan Nabil. Kami daripada pihak Era pun terkejut juga. Dari situlah idea lumba lari di antara Nabil dengan Fattah yang berlangsung hari ini," kata Azah.

Sementara itu, Fattah yang ditemui selepas tamat acara Run Challenge memaklumkan dia teruja dapat menyertai pertandingan santai dan bertemu kenalan lama iaitu penyampai radio ERA, Radin.

"Hari ini saya datang ke konti radio ERA untuk mempromosikan kempen Tabik Wira Kita.

"Alhamdulillah, terima kasih banyak kepada radio ERA, termasuk rakan penyampai radio dan kawan lama saya Radin, Pak Azad.

"Kami buat maraton tadi. Satu Astro ni kita lari.

"Alhamdulillah, Nabil bagi saya peluang. Dia bagi saya menang, dapat wang tunai RM1,000 daripada Pak Azad. Terima kasih banyak-banyak," kata Fattah.

Acara larian santai Run Challenge melibatkan Fattah Amin dan penyampai radio, Nabil Ahmad berlangsung di pekarangan bangunan Astro Bukit Jalil, pagi tadi.