KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa bertindak segera untuk menghentikan keganasan dan mendesak agar genjatan senjata serta rundingan damai disambung semula.


Ringkasan AI
  • Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB dan komuniti antarabangsa untuk menghentikan keganasan dan mendesak genjatan senjata serta rundingan damai disambung semula.
  • Malaysia mengecam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza yang telah meragut lebih 600 nyawa rakyat Palestin dalam tempoh tiga hari.
  • Malaysia akan meneruskan usaha diplomatik untuk meraih sokongan terhadap penubuhan Negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.


Ia susulan serangan terbaharu Israel ke atas Gaza, khususnya di Rafah,  yang telah meragut lebih 600 nyawa rakyat Palestin dalam tempoh tiga hari.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya serangan tersebut.

"Malaysia akan meneruskan usaha diplomatik untuk meraih sokongan terhadap penubuhan Negara Palestin yang merdeka, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," kata kementerian itu.

Kementerian Luar menambah, serangan Israel merupakan satu pembunuhan beramai-ramai.

Selain itu, Malaysia menyifatkan perbuatan zalim itu mencerminkan sikap tidak endah Israel terhadap undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, serta memburukkan lagi krisis kemanusiaan.