Dalam satu kenyataan pada Ahad, TNB merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan atas kerjasama dan kesabaran yang diberikan sepanjang tempoh pemulihan, serta menegaskan komitmennya terhadap keselamatan dan kesejahteraan komuniti terjejas.
Menurut TNB, kerja pemulihan melibatkan pemeriksaan menyeluruh, pembersihan dan ujian ke atas infrastruktur elektrik yang rosak akibat banjir, bagi memastikan proses pemulihan dapat dilakukan secara selamat dan efisien.
TNB turut telah menyediakan penyelesaian alternatif termasuk bekalan kuasa sementara di lokasi-lokasi kritikal bagi memastikan perkhidmatan penting terus berjalan.
Sehingga jam 8 pagi semalam, sebanyak 86 peratus kawasan terjejas telah mendapat bekalan semula, dan usaha berterusan dijalankan sehingga pemulihan penuh dicapai.
