Ringkasan AI
- PRABN mengeluarkan ramalan awal banjir di Terengganu bermula 23 hingga 24 Mac akibat hujan berterusan.
- Kawasan berisiko tinggi termasuk Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, dan Setiu.
- Penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal banjir bagi negeri Terengganu berikutan hujan berterusan yang dijangka berlaku.
Menurut kenyataan dikeluarkan jam 2 petang, banjir dijangka melanda beberapa daerah di negeri itu bermula 23 hingga 24 Mac ini.
Antara kawasan yang berisiko tinggi termasuk daerah Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, dan Setiu.
Berdasarkan laporan, sistem sungai utama seperti Sungai Besut, Sungai Dungun, Sungai Terengganu, Sungai Ibai dan Sungai Kemaman berisiko melimpah jika hujan lebat berterusan berlaku.
"PRABN menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai agar berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya pemindahan diperlukan.
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini dan amaran semasa melalui laman web rasmi Public Info Banjir di http://publicinfobanjir.water.gov.my/ atau Facebook PublicInfoBanjir," kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, berdasarkan ramalan awal banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), beberapa kawasan di Terengganu dikenal pasti berisiko tinggi mengalami banjir pada tarikh tersebut.
Daerah Besut melibatkan Lembangan Sungai Besut (Alor Kenak, Sungai Darau, Sungai Gerong, Sungai Jerteh, Sungai Kenak, Sungai Keruak, Sungai La, Sungai Lampu, Sungai Mata Air, Sungai Pelagat, Sungai Tapong), Lembangan Sungai Keluang (Sungai Limau, Sungai Renek, Sungai Tembila, Sungai Tok Dor).
Daerah Dungun di Lembangan Sungai Abang (Sungai Jara), Lembangan Sungai Dungun (Sungai Ceniah, Sungai Dungun, Sungai Gombang, Sungai Jagung, Sungai Jengai, Sungai Keliu, Sungai Rekam, Sungai Wa), Lembangan Sungai Paka dan Lembangan Sungai Sura.
Daerah Hulu Terengganu melibatkan Lembangan Sungai Terengganu (Sungai Telemong, Sungai Berang, Sungai Penih, Sungai Terengganu, Sungai Tersat, Sungai Tepis, Sungai Udang, Sungai Lalang, Sungai Jenaris, Sungai Hulu Sat, Sungai Peng, Sungai Marang, Sungai Binjai), Lembangan Sungai Marang melibatkan (Sungai Ajil, Sungai Marang).
Sementara itu, bagi daerah Kemaman pula melibatkan Lembangan Sungai Kemaman (Sungai Air Jernih, Sungai Cerul, Sungai Cukai, Sungai Jabor, Sungai Kemaman, Sungai Ruang, Sungai Mak Lagam, Sungai Pinang, Sungai Limbong, Sungai Ruang, Sungai Tebak, Sungai Yak Yah), Lembangan Sungai Kemasik (Sungai Kemasik, Sungai Sekilir, Sungai Tumpat), Lembangan Sungai Kertih (Sungai Labohan, Sungai Cabang, Sungai Kertih, Sungai Ranggong), Lembangan Sungai Kijal (Sungai Kijal, Sungai Penunjuk).
Di daerah Kuala Terengganu, Lembangan Sungai Terengganu (Sungai Buaya, Sungai Nerus, Sungai Takir, Sungai Tepoh, Sungai Terengganu, Sungai Tok Jiring, Sungai Kepong) dan Lembangan Sungai Ibai (Sungai Boko, Sungai Ibai)
Daerah Marang lembangan di Sungai Ibai (Sungai Buaya, Sungai Udang), Lembangan Sungai Marang (Sungai Asing, Sungai Cador, Sungai Gali, Sungai Kerak, Sungai Kijing, Sungai Kubu, Sungai Marang, Sungai Merchang,Sungai Paya Debek, Sungai Rinting, Sungai Temala), Lembangan Sungai Merchang (Sungai Asing, Sungai Kerengga, Sungai Tok Fakir).
Bagi daerah Setiu pula melibatkan Lembangan Sungai Nerus (Sungai Pelong), Lembangan Sungai Terengganu (Sungai Nerus, Sungai Tong, Sungai Tukar), Lembangan Sungai Setiu (Sungai Chalok, Sungai Guntung, Sungai Lanjut)
"JPS mengingatkan bahawa banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh yang diramalkan, bergantung kepada keadaan cuaca semasa.
"Penduduk di kawasan rendah dinasihatkan supaya berwaspada dan bersedia untuk sebarang kemungkinan," kata kenyataan itu. -Sinar Harian
