Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.
"Banjir di 10 kampung terjejas di Beaufort semakin pulih dengan jumlah mangsa semakin berkurangan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
