Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir terus menunjukkan penurunan susulan bilangan mangsa di PPS Membakut yang bekurangan, sekali gus menjadikan keseluruhan 123 mangsa daripada 47 keluarga masih ditempatkan di lima PPS.
"Direkodkan di Beaufort masih kekal 1,719 mangsa daripada 556 keluarga di tujuh PPS dan Tenom 466 orang daripada 200 keluarga di sembilan PPS," menurut kenyataan itu.
Sekretariat itu memaklumkan sebanyak 40 kampung masih terjejas akibat banjir iaitu 20 di Tenom, dan masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut.
-- BERNAMA
