KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan lima jajahan di Kelantan dijangka dilanda banjir bermula Ahad.


Ringkasan AI
  • JPS meramalkan lima jajahan di Kelantan akan dilanda banjir bermula Ahad, termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, dan Pasir Puteh.
  • Kawasan berisiko tinggi termasuk Lembangan Sungai Golok, Sungai Kelantan, dan Sungai Semerak.
  • Amaran awal bertujuan memastikan penduduk berada dalam keadaan waspada dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.


JPS menerusi satu kenyataan berkata, Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh antara jajahan yang dijangka terjejas susulan amaran hujan berterusan peringkat waspada.

"Di Tumpat antara kawasan yang dijangka mengalami banjir iaitu Lembangan Sungai Golok, Sungai Kelantan dan Pengkalan Nangka.

"Pasir Mas pula di Lembangan Sungai Golok (Sungai Lemal Mati, Sungai Lemal, Sungai Rengas, Sungai Lacang, Sungai Tasik Danau To' Uban, Sungai Tasek Garu, Sungai Lanchang, Sungai Bunut Susu dan Sungai Meranti) serta Sungai Kelantan (Tasik Danau To' Uban)," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Lembangan Sungai Kelantan iaitu Banggol Chicha, Sungai Gutong, Sungai Ketereh, Sungai Che Latif, Sungai Kemasin, Sungai Keseng, Sungai Pengkalan Chepa, Sungai Raja Gali dan Sungai Tikat antara kawasan di Kota Bharu yang dijangka terjejas.

Katanya, selain itu Sungai Pengkalan Datu iaitu Sungai Mulong dan Sungai Pengkalan Datu serta Sungai Semerak dan Sungai Semerak di Melor turut dijangka banjir di kawasan Kota Bharu.

Sementara itu di Bachok Lembangan Sungai Kemasin (Sungai Jelawat) dan Sungai Semerak (Sungai Lubuk Nibong dan Sungai Melor) akan turut terjejas susulan hujan lebat peringkat waspada.

"Machang pula melibatkan Lembangan Sungai Kelantan iaitu Sungai Abal, Sungai Bagan, Sungai Dalu, Sungai Galang, Sungai Hala, Sungai Hay, Sungai Joh, Sungai Kemudu, Sungai Kerak, Sungai Kerawang, Sungai Kweng Hitam, Sungai Maka, Sunghai Panyit, Sungai Penasa, Sungai Penggar dan Sungai Pertok. Selain itu Sungai Pulai Condong, Sungai Rengas, Sungai Sal, Sungai Tanah Liat, Sungai Wek dan Sungai Sal.

"Lembangan Sungai Kelantan di Pasir Puteh pula melibatkan Sungai Sererak dan Sungai Tasek. Selain itu ia turut melibatkan Sungai Semerak antaranya Sungai Belida, Sungai Besut, Sungai Daran Buaya, Sungai, Jelor, Sungai Kelong. Sungai Tasek Pauh, Sungai Cherang Ruku, Sungai Nikan, Bukit Abal, Sungai Buaya Ikat, Sungai Jeram dan Sungai Rasau," katanya.

Ujar kenyataan itu, amaran awal tersebut dikeluarkan bertujuan memastikan penduduk berada dalam keadaan waspada untuk berdepan sebarang kemungkinan. -Sinar Harian