1. Lapangan Terbang Heathrow ditutup susulan kebakaran
Lapangan Terbang Heathrow di United Kingdom terpaksa ditutup selepas berlaku kebakaran di sebuah stesen janakuasa elektrik yang membekalkan tenaga ke kemudahan itu.
2. Kesesakan di pusat pemeriksaan darat, tangguh perjalanan tidak penting - ICA Singapura
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menasihatkan pengembara negara itu supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting menerusi pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas hujung minggu ini berikutan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di kedua-dua arah masuk dan keluar.
3. Gunung Lewotobi meletus, amaran dinaikkan ke tahap tertinggi
Gunung Lewotobi yang terletak di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia meletus lewat malam Khamis dan berlanjutan hingga pagi Jumaat, menyebabkan pihak berkuasa menaikkan status amaran ke tahap tertinggi.
4. Lima lagi petugas UNRWA terbunuh di Gaza
Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini mengesahkan bahawa lima lagi petugasnya terbunuh di Gaza dalam tempoh beberapa hari lepas.
5. Rakyat Turkiye turun bantah penahanan Datuk Bandar Istanbul
Ribuan rakyat Turkiye terus mengadakan protes pada Khamis bagi membantah penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, yang dianggap sebagai tindakan tidak demokratik.
6. Trump tandatangani perintah eksekutif kurangkan peranan Jabatan Pendidikan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis menandatangani perintah eksekutif yang bertujuan untuk mengurangkan peranan Jabatan Pendidikan Persekutuan, sekali gus menepati janji kempen yang telah lama dibuat kepada golongan konservatif.
7. Hamas dakwa lancar roket ke Tel Aviv
Hamas mendedahkan sebuah video pada Khamis yang menunjukkan serangan roket dilancarkan ke arah Tel Aviv, di tengah Israel.
8. Pusingan baharu rundingan Rusia-AS akan berlangsung di Riyadh pada 24 Mac
Pembantu Presiden Rusia, Yury Ushakov pada Khamis mengumumkan bahawa pusingan baharu rundingan antara Rusia dan Amerika Syarikat (AS) akan diadakan pada 24 Mac di Riyadh, Arab Saudi.
9. Tentera Sudan hampir kuasai Istana Presiden di Khartoum daripada RSF
Tentera Sudan semakin hampir menguasai Istana Presiden di ibu negara Khartoum pada Khamis, buat pertama kali sejak pertempuran meletus dengan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) pada 2023.
10. Baru seminggu kahwin, jurucakap Briged Saraya Al-Quds syahid bersama isteri
Jurucakap Briged Saraya Al-Quds, sayap bersenjata Jihad Islam Palestin (PIJ), Naji Abu Sais atau lebih dikenali sebagai Abu Hamza dilaporkan syahid bersama isterinya dalam serangan udara Zionis Israel di Nuseirat, Gaza pada Isnin lalu.
