ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Mac 2025.


1. Proses rakam percakapan Ismail Sabri di Ibu Pejabat SPRM ditangguh ke Rabu

Proses merakam keterangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat SPRM ditangguhkan ke Rabu pada waktu yang belum ditetapkan.



2. PM Anwar seru umat Islam hayati Nuzul al-Quran

Anwar turut mengajak umat Islam untuk mengejar keampunan Allah SWT pada pertengahan Ramadan ini.


3. Gempa bumi landa Sumatera Utara, gegaran turut dirasai di Malaysia

Gempa bumi bermagnitud 5.6 dilaporkan berlaku di Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia, pada 6:23 pagi waktu tempatan.


4. Remaja lelaki direman enam hari dakwaan tikam rakan universiti hingga parah

Seorang remaja lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang penuntut perempuan sebuah universiti tempatan pada Isnin.


5. Rayuan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, denda RM10 juta Syed Saddiq hari ini

Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atau kekal bersalah atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan diputuskan selepas hujahan di Mahkamah Rayuan pada Rabu.


6. Malaysia sedia terima 15 tahanan Palestin - Mohamad Hasan

Malaysia bersedia menerima 15 tahanan atau pejuang Palestin yang dibebaskan Israel sebagai sebahagian daripada usaha perdamaian di bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.


7. Lebih 50,000 rakyat Malaysia lepaskan kewarganegaraan sejak 2020

Sebanyak 52,225 permohonan rakyat Malaysia untuk melepaskan kewarganegaraan diluluskan dari 1 Januari 2020 hingga 15 Februari lalu, menjadikan purata sebanyak 842 rakyat Malaysia melepaskan taraf kewarganegaraan mereka setiap bulan.


8. Malaysia kutuk keras kezaliman ke atas petugas kemanusiaan MAPIM di Gaza - PM Anwar

Malaysia mengutuk keras pembunuhan dan kezaliman ke atas lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang maut dalam serangan udara di Gaza, Sabtu lepas.


9. PM Anwar seru umat Islam imarah masjid dengan aktiviti ilmiah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam supaya mengimarahkan masjid menerusi penganjuran pelbagai aktiviti ilmiah dan keagamaan terutama kepada golongan wanita dan anak muda.


10. Aidilfitri: Batal lesen syarikat bas ekspres jika naikkan tambang - Loke

Kementerian Pengangkutan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen mana-mana syarikat bas ekspres yang sengaja menaikkan harga tambang bagi kategori ekonomi menjelang Aidilfitri.