ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mac 2025.


1. Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, jam 9.48 pagi pada Khamis.



2. Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd bukanlah 'dana hangus' tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman yang perlu dibayar semula.


3. Lelaki cabul 3 pengunjung wanita di bazar Ramadan ditahan

Seorang penganggur memberikan alasan sudah lama tidak melakukan hubungan intim kerana menghidap HIV positif sejak 13 tahun lalu untuk mencabul beberapa pengunjung wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan di sini.


4. Kelayakan Piala Asia: Faisal Halim kembali perkuat Harimau Malaya 

Faisal Halim kembali dalam senarai Harimau Malaya selepas setahun. Penyerang Selangor itu antara 27 pemain yang diumumkan ketua jurulatih Peter Cklamovski bagi persiapan bertemu Nepal dalam kelayakan Piala Asia 2025, 25 Mac ini. 


5. Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak

Pertuduhan pindaan itu membabitkan penambahan perkataan 'kawasan Blok R, Apartment Idaman' dan 'kawasan sungai berdekatan'.


6. Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin

Seorang lelaki berusia 31 tahun dipenjara kerana menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara, terbongkar hasil siasatan JPN.


7. 'Saya akan terus beri kerjasama sehingga siasatan selesai' - Ismail Sabri

Ahli Parlimen Bera itu meninggalkan Ibu Pejabat SPRM pada jam 3.15 petang selepas kira-kira lima jam memberi keterangan.


8. Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang

Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang, titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


9. Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar

Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.


10. Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad

Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.