1. Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R), sehingga mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat.
2. Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu berkata beliau mengakui pergerakannya sedikit terbatas pada aksi tersebut.
3. SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth membabitkan serbuan ke atas beberapa premis termasuk klinik dan firma guaman sekitar Lembah Klang dan Johor.
4. Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Keputusan ini dibuat berdasarkan laporan pakar psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mendapati Ahmad Ramli tidak mampu mempertahankan dirinya.
5. Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Bekas pegawai penyiasat yang menyiasat kes kehilangan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, menunjukkan reaksi wajah 'kosong’ membabitkan ibu kanak-kanak itu di mahkamah hari ini.
6. Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) merupakan satu bentuk ‘bailout’.
7. Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.
8. Wang, jongkong emas disita SPRM tiada kaitan dengan dana politik UMNO - Ahmad Zahid
UMNO tidak pernah terlibat dengan wang tunai dan jongkong emas yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah individu yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tegas Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
9. 70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
10. Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.
