ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.


1. PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, penamaan calon 12 April - SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning, Perak pada 26 April depan.



2. Berkelakuan tidak senonoh: Doktor direman sekali lagi

Seorang doktor sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes kelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita direman sekali lagi di Mahkamah Majistret George Town hari ini.


3. Ridz Okumura sebak, kongsi nota terakhir Akiko

Selepas seminggu pemergian isterinya, usahawan dan pempengaruh media sosial Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali Ridz Okumura berkongsi nota terakhir yang ditinggalkan Allahyarham Akiko Okumura sebelum meninggal dunia.


4. Tindakan tegas tanpa kompromi terhadap penghasut kaum dan agama - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agensi keselamatan dan penguat kuasa untuk bertindak pantas dan berkesan tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut dengan menggunakan isu perkauman atau agama.


5. Tiada kenaikan harga secara melampau dikesan di bazar Ramadan - Fuziah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak mengesan sebarang kenaikan harga makanan secara melampau di bazar Ramadan di seluruh negara setakat ini.


6. SPRM selesai temu bual doktor rawat Ismail Sabri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai menemu bual doktor yang merawat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital di Selangor, petang tadi.


7. Tujuh perubahan, lantikan baharu pengurusan tertinggi perkhidmatan awam - KSN

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan tujuh perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.


8. 1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan dua syarikatnya.


9. Primadona air mata bantu perniagaan anak jual ayam golek

Gerai ayam golek Ferris Wheel di Kampung Wakaf Beruas, di sini menjadi tumpuan ramai dengan kehadiran pelakon veteran terkenal, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz.


10. Hari Wilayah 2025: Dr Zaliha, Fahmi antara 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, merupakan antara 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 hari ini.