1. Azeem Fahmi pecah rekod kebangsaan lagi!
Atlet berusia 20 tahun itu berjaya menamatkan larian di tempat ketiga dalam perlumbaan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships.
2. Banjir di Sabah pulih, semua PPS telah ditutup
Semua PPS ditutup setelah pemeriksaan kawasan dan kediaman Penduduk Terjejas Bencana (PTB) selamat untuk didiami.
3. Pearly fokus latihan fizikal, tingkatkan stamina
Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan menitikberatkan aspek stamina sebagai persediaan menghadapi kejohanan badminton Masters Orleans dan Seluruh England.
4. Zarina Zainuddin ambil alih tugas Allahyarham Akiko, sediakan sahur buat Sky
Sky dan bapanya, Ridzuan Ridzokumura difahamkan tidur dan bersahur di kediaman pelakon, Zarina Zainuddin.
5. SPRM nafi pilih bulu kes wartawan terima rasuah RM20,000
SPRM tidak pernah memilih bulu dalam menjalankan siasatan rasuah, termasuk terhadap wartawan atau ahli politik.
6. Beras tempatan 10kg RM26 mula dijual di Terengganu
Kedai runcit Q Mart Merbau Patah dan Q Mart Bukit Bayas di Kuala Terengganu masing-masing menerima 50 dan 30 kampit beras mengikut pesanan pembelian yang dibuat.
7. Siasatan berkaitan Ismail Sabri: SPRM sita wang tunai RM170 juta, jongkong emas RM7 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing termasuk Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta berhubung siasatan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
8. KPDN laksana Ops Pantau sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Ops Pantau 2025 mulai hari ini sehingga Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan pematuhan peniaga berdasarkan undang-undang yang dikuatkuasakan.
9. PN buat laporan polis isu beras campur
Perikatan Nasional (PN) membuat laporan polis berkait isu aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT) seperti dalam kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI).
10. Seluruh England: Lee Zii Jia akan kembali dengan magis tersendiri - Bekas pemain nombor satu dunia
BEKAS pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim, optimis Lee Zii Jia akan kembali beraksi dengan magis tersendiri dalam Kejohanan Badminton Masters Orleans di Perancis minggu depan.
