1. Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan dan keterujaan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang akibat konflik berpanjangan.
2. Masalah pernafasan Pope Francis semakin merosot - Vatican
Keadaan pernafasan Pope Francis dilaporkan semakin merosot selepas mengalami serangan bronkospasme, menurut kenyataan Vatican pada Jumaat.
3. Siklon Garance ragut 3 nyawa
Siklon Garance yang melanda Pulau Reunion pada Jumaat mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga kematian serta kerosakan infrastruktur yang meluas, lapor Anadolu Ajansi (AA).
4. Rakyat Palestin tunaikan solat tarawih di celah runtuhan masjid
Rakyat Palestin menunaikan solat Tarawih pertama di Semenanjung Gaza di celah runtuhan masjid pada Jumaat malam, lapor Anadolu Ajansi (AA).
5. Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Seorang nelayan menangkap makhluk aneh menyeramkan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
6. Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Seorang buruh binaan di Jakarta Timur bertindak di luar kawalan apabila menyimen jasad majikannya selepas membunuh mangsa kerana dendam dan rasa sakit hati.
7. Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Pertemuan antara Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House berakhir dengan kegagalan selepas kedua-dua pemimpin bertelagah mengenai perang dengan Rusia.
8. Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pelakon legenda dan pemenang dua kali Anugerah Oscar, Gene Hackman yang ditemukan mati bersama isterinya, Betsy Arakawa dipercayai meninggal dunia untuk tempoh agak lama sebelum ditemui.
9. Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada Sabtu (1 Mac) manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada Ahad (2 Mac).
10. Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan, lapor Anadolu Ajansi.
