ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.


1. Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi

Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.



2. 3 maut, 5 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan

Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan pada Selasa, mengakibatkan tiga pekerja maut dan lima yang lain cedera.


3. Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada US$18.14 bilion - Duta

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Vietnam pada 2024 menokok sebanyak 4.4 peratus kepada US$18.14 bilion (RM83.11 bilion) daripada US$17.38 bilion pada tahun sebelumnya yang memaparkan peningkatan dagangan dua negara anggota ASEAN itu.


4. Zelenskyy desak EU percepat pengeluaran senjata, mahu bertemu Trump

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menggesa Eropah mempercepat pengeluaran senjata serta melabur dalam industri pertahanan di Ukraine, selain mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump supaya mengadakan pertemuan susulan kritikan dari Washington.


5. Kejadian tikam di utara Melbourne, 4 remaja ditahan

Tiga lelaki cedera, manakala empat remaja ditahan susulan pergaduhan yang berakhir dengan insiden tikaman di utara Melbourne.


6. Pentadbiran Trump saran kakitangan kerajaan abai arahan Elon Musk

Agensi pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang menyelia pekerja Persekutuan menegaskan, kakitangan kerajaan boleh sahaja mengabaikan e-mel daripada jutawan teknologi, Elon Musk yang mengarahkan mereka memberi justifikasi terhadap pekerjaan masing-masing.


7. Menteri New Zealand lepaskan jawatan selepas insiden letak tangan di lengan kakitangan

Seorang menteri New Zealand mengumumkan pengundurannya dari Kabinet selepas insiden “meletakkan tangannya” di lengan atas seorang kakitangan semasa perbincangan yang “tegang.”


8. Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB

Amerika Syarikat (AS) bergabung dengan Rusia untuk mengundi menentang resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk perang Rusia terhadap Ukraine.


9. Apple labur US$500 bilion di AS dalam tempoh empat tahun di sebalik ancaman tarif Trump

pple mengumumkan pada Isnin bahawa syarikat itu akan melabur US$500 bilion di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh empat tahun akan datang, dengan memperluas pasukan dan kemudahan di Michigan, Texas, California, Arizona, Nevada, Iowa, Oregon, North Carolina dan Washington.


10. PM Anwar tiba di Hanoi untuk lawatan kerja dua hari ke Vietnam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam ini untuk lawatan kerja dua hari ke Vietnam dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua