1. BKK 2025: Bukti penghargaan kerajaan kepada penjawat awam, pesara dan veteran
Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 yang disalurkan mulai hari ini kepada penjawat awam serta pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen membuktikan komitmen kerajaan dalam menghargai golongan itu yang merupakan tulang belakang perkhidmatan negara.
2. Kepincangan masyarakat, penyakit sosial berlaku kerana manusia hilang adab - Sultan Perak
Pelbagai kepincangan masyarakat dan penyakit sosial yang sedang melanda dunia hari ini adalah bukti bahawa sekadar memiliki undang-undang dan perundangan, tidak membawa sebarang makna.
3. Muat naik kandungan palsu Majlis Raja-Raja: Individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang individu di sini pada 11 malam tadi, selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
4. Tidak timbul isu pemilik asal hartanah akan diusir secara paksaan - PM Anwar
Malah menurut Perdana Menteri, status tanah yang asal kekal sama ada rizab Melayu atau status kekal tidak akan berubah.
5. Petronas nafi ‘buang’ 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun ini
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti.
6. Keputusan ibu bapa Zayn Rayyan batal pertuduhan pada 4 Mac
Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu.
7. KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
8. Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan Malaysia Airlines MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.
9. Malaysia guna pakai Undang-Undang Seragam UNCITRAL perkukuh rangka kerja kebangkrapan - Azalina
Malaysia mengguna pakai Undang-Undang Seragam (Model Law) mengenai Insolvensi Rentas Sempadan Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL), menandakan langkah penting dalam menyelaraskan rangka kerja kebankrapan negara dengan amalan terbaik global.
10. 15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar dipaksa bekerja sebagai scammer bagi pelaburan mata wang kripto, bitcoin serta penipuan cinta atau love scam.
