ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.


1. Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah

Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya.



2. Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker

Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) paling awal pada Selasa, susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin semalam.


3. Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua 

Petarung muda dari kelab Rentap Muaythai, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, 15, mencipta sensasi apabila menumbangkan lawan lebih berusia dan berpengalaman di Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025.


4. SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9.


5. Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari

Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


6. Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital, menurut setiausaha akhbarnya Azran Fitri Abdul Rahim.


7. Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak, sebaliknya ia dilakukan bagi memastikan tatakelola yang baik di bawah pentadbirannya.


8. Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk' 

Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihak polis menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.


9. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal 

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.


10. Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi 

olis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.