ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.


1. Abdul Karim gagal pertahan jawatan Naib Presiden PBB, Ibrahim Baki raih undi tertinggi

Abdul Karim meraih 669 undi, sekali gus meletakkan beliau di tempat ke lima dari enam calon bertanding.



2. Soon Huat-Shevon kini nombor tiga dunia

Perkembangan tersebut dikongsi menerusi kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).


3. Sesi persekolahan 2025/2026 di Kedah, Terengganu, Kelantan bermula Ahad

Sesi persekolahan 2025/2026 di semua sekolah di Kedah, Terengganu dan Kelantan bermula seperti dijadualkan pada Ahad.


4. Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam

Satu notis berunsur perkauman yang tular di media sosial, memaparkan sikap tidak sensitif seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang, baru-baru ini, telah mendapat kecaman.


5. Suspek kes bunuh Norshamira sempat gadai gelang emas bernilai RM30,000

Polis mengesahkan suspek kes bunuh peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, telah menggadaikan gelang emas milik mangsa di sebuah pajak gadai di Terengganu.


6. Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah dalam aksi Piala MFL 2024/2025 antara Negeri Sembilan FC dan Selangor FC, Khamis lepas.


7. Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi

Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan lagi sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.


8. Kes bunuh Norshamira: Suspek dibawa ke lokasi mayat ditemui

Suspek kes pembunuhan peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, dibawa ke lokasi mayat mangsa ditemui di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur bagi membantu siasatan lanjut.


9. Tiga anak Allahyarham Muhammad Basir terima bantuan tunai Tabung Kasih@HAWANA - Fahmi

Tiga anak bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar menerima bantuan wang tunai menerusi Tabung Kasih@HAWANA, susulan pemergian ayah mereka akibat sakit kronik semalam.


10. Tiada DNA babi dalam sampel 'sandwich ham & cheese' - Armizan

Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa tiada unsur asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir dalam semua sampel setiap perisa sandwic yang didapati menyalah guna logo halal.