"Minggu depan, kami merancang komunikasi peringkat tinggi dengan rakan sejawat kami di Syria, kami akan terus memaklumkan perkembangan," lapor agensi berita TASS yang memetik kenyataan Lavrov.
Beliau turut memaklumkan, satu delegasi antara agensi Rusia yang diketuai oleh Mikhail Bogdanov, Utusan Khas Presiden bagi Timur Tengah dan Afrika merangkap Timbalan Menteri Luar, telah melawat Damsyik pada akhir Januari.
Pada 11 Feb, Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Sementara Syria, Ahmed al-Sharaa mengadakan perbualan telefon, membincangkan kemungkinan menyemak semula perjanjian yang sebelum ini dimeterai antara Moscow dan pihak berkuasa Syria terdahulu.
Menurut kenyataan daripada pejabat pemimpin sementara Syria, al-Sharaa menegaskan hubungan strategik kukuh antara Syria dan Rusia.
Beliau juga menekankan bahawa Syria terbuka untuk bekerjasama sekiranya ia selaras dengan kepentingan rakyat Syria serta menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan. - BERNAMA
