Operasi Kurangi, yang dilancarkan pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives, menurut laporan itu.
Sebagai sebahagian daripada operasi, cap jari pekerja asing direkodkan dan pemeriksaan dijalankan untuk memastikan mereka bekerja di Maldives mengikut peraturan yang ditetapkan.
Data yang dikumpulkan di seluruh Maldives melalui majlis pulau dan atol akan disusun dalam satu pangkalan data berpusat, menurut PSM.
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Teknologi, yang mengetuai operasi itu, menetapkan tarikh akhir bagi penyelesaian pendaftaran biometrik untuk semua warga asing yang bekerja di negara itu pada 20 April 2025, dengan memberi amaran bahawa pekerja asing yang gagal menyerahkan maklumat dalam tempoh itu akan diusir.
Setakat ini, data biometrik 52,495 warga asing telah dikumpulkan sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, lapor PSM News. - BERNAMA
