NEW DELHI: Kerajaan Maldives pada Sabtu secara rasmi meminta India untuk menarik balik tenteranya dari Maldives.
Presiden Mohamed Muizzu mengemukakan permintaan itu dalam pertemuan dengan Menteri Sains Bumi India Kiren Rijiju.
"Dalam pertemuan itu, Presiden Muizzu berkata rakyat Maldives telah memberinya mandat dalam pilihan raya presiden pada September untuk meminta India menarik balik tenteranya dan menyatakan harapan supaya India menghormati kehendak demokrasi rakyat Maldives," menurut satu kenyataan.
Kiren Rijiju berada di Maldives untuk menghadiri majlis pelantikan presiden pada Jumaat.
"Menerusi instrumen diplomasi, saya akan memastikan tiada lagi tentera asing berada di negara ini," kata Muizzu dalam ucapannya selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden kelapan Maldives.
Laporan sebelum ini menyebut bahawa terdapat kira-kira 75 tentera India berpangkalan di Maldives.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023

Presiden Mohamed Muizzu (foto) mengemukakan permintaan itu dalam pertemuan dengan Menteri Sains Bumi India Kiren Rijiju. -Gambar fail/Reuters

Dua lapisan kawalan elak BPT bersubsidi 'ghaib' di pasaran
Kerajaan memberi jaminan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang mula dijual 1 Mac ini, tidak akan 'ghaib' di pasaran.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.
PM jamin percepat PLSB Sungai Golok, jimat kos RM1.7 bilion
Kerajaan memberi jaminan proses pengambilan tanah bagi pembangunan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan - Fahmi
Dari tahun 2022 sehingga 15 Februari 2025, sebanyak 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurut Akta 588.
KPDN, JAKIM pertimbang keperluan naikkan hukuman
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sedang berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi melihat keperluan untuk meningkatkan hukuman kesalahan berkaitan penyalahgunaan logo halal.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.
Kepincangan, penyakit sosial berlaku kerana manusia sudah hilang adab
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pelbagai kepincangan masyarakat dan penyakit sosial yang sedang melanda dunia hari ini adalah bukti bahawa sekadar memiliki sistem perundangan tidak membawa sebarang makna.
Sultan Nazrin tegur pihak salah guna masjid, surau sebar fitnah, dakyah politik
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan teguran terhadap pihak yang menyalahgunakan masjid dan surau bagi menyebarkan dakyah berbaur fitnah serta kepentingan politik kepartian.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

5,091 kes penipuan dalam talian direkod di Selangor tahun lepas - MB
Sebanyak 5,091 kes penipuan dalam talian dengan kerugian RM386.4 juta direkodkan di Selangor pada 2024.

Maldives larang import dan penggunaan rokok elektronik
Maldives menjadi negara terbaru yang melaksanakan larangan terhadap rokok elektronik.

Maldives peroleh jaminan India tarik balik tentera
Kerajaan Maldives berkata pihaknya memperoleh jaminan daripada India mengenai penarikan balik tentera India dari negara itu seperti yang dikehendaki oleh rakyat Maldives.

Maldives minta India tarik balik tenteranya
Presiden Mohamed Muizzu mengemukakan permintaan itu dalam pertemuan dengan Menteri Sains Bumi India Kiren Rijiju.

Mohamed Muizzu angkat sumpah presiden baharu Maldives
Mohamed Muizzu mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Maldives pada Jumaat dalam majlis yang dihadiri ramai kenamaan asing.

Mohamed Muizzu menang pilihan raya Presiden Maldives
Pusingan kedua pilihan raya dilaksanakan memandangkan tiada calon yang memperoleh kemenangan pada pusingan pertama 8 September lalu.

Pilihan raya presiden Maldives menuju pusingan kedua
Pilihan raya presiden Maldives pada Sabtu akan berlanjutan ke pusingan kedua berikutan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Maldives (ECM) menunjukkan tiada calon yang memperoleh lebih 50 peratus undi.