NEW DELHI: Kerajaan Maldives berkata pihaknya memperoleh jaminan daripada India mengenai penarikan balik tentera India dari negara itu seperti yang dikehendaki oleh rakyat Maldives.
Penarikan balik tentera India dari Maldives merupakan antara janji penting pilihan raya Presiden Mohamed Muizzu.
Kerajaan beliau mendedahkan pada 19 Nov bahawa 77 anggota tentera India ditempatkan di negara itu, dua hari selepas Muizzu dilantik sebagai presiden.
Pada Ahad, Muizzu menyatakan mengenai "jaminan kerajaan India untuk menghormati hasrat rakyat Maldives untuk menghentikan kehadiran tentera asing di negara itu," menurut kenyataan kerajaan.
Muizzu bercakap mengenai isu itu pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana selepas pulang dari lawatan rasmi ke Turki dan Emiriah Arab Bersatu.
Presiden "menegaskan bahawa beliau terlibat dalam beberapa dialog yang berkesan dengan wakil kerajaan India, khususnya berkaitan penarikan balik anggota tentera India dari Maldives," menurut kenyataan itu.
Daripada jumlah anggota tentera India itu di Maldives, 24 anggota tentera India terlibat dalam operasi helikopter, 25 lagi dalam operasi pesawat Dornier manakala 26 ditugaskan dalam operasi helikopter kedua dan dua anggota bertanggungjawab untuk kerja penyelenggaraan dan kejuruteraan pesawat itu, menurut kerajaan Maldives.
Muizzu dan Perdana Menteri India Narendra Modi bertemu di luar persidangan COP-28 di Dubai pada Jumaat dan bersetuju untuk menubuhkan "kumpulan teras" bagi menangani isu dua hala.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023

Muizzu menyatakan mengenai "jaminan kerajaan India untuk menghormati hasrat rakyat Maldives untuk menghentikan kehadiran tentera asing di negara itu. - Gambar Reuters

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Maldives kecam pembakaran hospital di Gaza oleh tentera Israel
Maldives pada Sabtu mengecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza oleh tentera Israel, menyifatkannya sebagai jenayah perang.

Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.

India, Maldives ucap tahniah kepada Muhammad Yunus
Presiden Mohammed Shahabuddin memimpin upacara angkat sumpah Yunus, yang kini mengetuai Kabinet sementara terdiri daripada 16 anggota.

PDRM sahkan dua rakyat Malaysia ditahan di Maldives kerana cuba seludup dadah
PDRM mengesahkan dua rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Maldives kerana cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM3.7 juta.

Dua rakyat Malaysia ditahan cuba seludup dadah bernilai RM3.7 juta di Maldives
Dua warga Malaysia ditahan ketika cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM3.7 juta ke Maldives.

Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.

Mariyam Shabeena duta baharu Maldives ke Malaysia
Maldives telah melantik Dr Mariyam Shabeena Ahmed sebagai Pesuruhjaya Tinggi baharunya ke Malaysia.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia lakukan kunjungan hormat kepada Menteri Luar Maldives
Perbincangan itu berlangsung semasa Badli Hisham melakukan kunjungan hormat kepada Moosa di Male.

Maldives mahu tingkat hubungan dengan Malaysia
Maldives mahu meningkatkan lagi hubungan dengan Malaysia, menurut Menteri Luarnya Moosa Zameer dalam perutusan tahniah kepada rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan.

Maldives minta India tarik balik tenteranya
Presiden Mohamed Muizzu mengemukakan permintaan itu dalam pertemuan dengan Menteri Sains Bumi India Kiren Rijiju.