1. Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.
2. Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.
3. RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
4. Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan maut selepas terjatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa sebelum digilis tren LRT, pada pagi Sabtu.
5. Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba pada tengah malam tadi.
6. Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.
7. ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.
8. Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.
9. Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
10. Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian anggota kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
