ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.


1. Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir

Penghantaran pertama rumah mudah alih bertolak dari Mesir pada Khamis menuju ke Semenanjung Gaza di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Israel.



2. 3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas

Tiga buah bas meletup, di sini, pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas, menurut unit jurucakap polis negara itu.


3. New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak

New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape berperisa dan reka bentuk yang menarik minat kanak-kanak.


4. 90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara

Pengarah Biro Serantau Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bagi Negara Arab pada Khamis menyifatkan perang saudara 14 tahun di Syria sebagai salah satu "konflik paling berdarah dalam sejarah moden," dengan "90 peratus penduduk dalam kemiskinan".


5. NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus

NASA mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Dis, 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru.


6. Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro

Gabenor Bank of Greece Yannis Stournaras memberi amaran tarif baharu AS ke atas import zon euro boleh memberi impak yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi di rantau itu, lapor Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi Greece ANA-MPA.


7.Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump

angkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat (AS) telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump.


8. Ketua PBB seru kemajuan muktamad ke arah penyelesaian dua negara, gencatan senjata di Gaza

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyeru kemajuan muktamad ke arah penyelesaian dua negara serta gencatan senjata di Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).


9. Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024

Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya serta menyumbang 59.9 peratus daripada jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di Singapura tahun lalu, menurut statistik dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF).


10. Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan 

Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan besar-besaran.